awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja kilang rugi lebih RM87,000 terperdaya pelaburan tidak wujud

Bernama
Bernama
05/07/2023
05:37 MYT
Pekerja kilang rugi lebih RM87,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Selepas sebulan menyertai kumpulan itu, mangsa diberitahu keuntungan pelaburannya bertambah RM180,000 namun diarahkan untuk membayar cukai sebanyak RM24,000.90. -Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Seorang pekerja kilang berputih mata selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud sehingga mengakibatkan kerugian sebanyak RM87,400.90.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin berkata lelaki berusia 40-an itu telah menyertai skim pelaburan saham menerusi satu kumpulan WhatsApp iaitu 'Kem Latihan Amali Untung Stabil Pasaran Saham' pada 4 Mei lepas.
Beliau berkata selepas sebulan menyertai kumpulan itu, mangsa diberitahu bahawa keuntungan pelaburannya telah bertambah sebanyak RM180,000 dan kemudiannya mahu mengeluarkan kesemua keuntungan tersebut, namun diarahkan untuk membayar cukai sebanyak RM24,000.90.
"Bagaimanapun, mangsa menyedari telah ditipu semalam, selepas dia tidak dapat menghubungi individu terbabit dan dikeluarkan daripada kumpulan berkenaan setelah bayaran dibuat, yang mana sebelum ini mereka hanya berhubungan melalui aplikasi tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Rahmat menasihati orang ramai agar berwaspada dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#skim pelaburan tidak wujud
#Kem Latihan Amali Untung Stabil Pasaran Saham
#keuntungan lumayan
#pekerja kilang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan