awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wakil Rusia-AS-Ukraine dijadual bermesyuarat di Abu Dhabi dari 4-5 Feb - Zelenskyy
Singapura akan adakan latihan Simulasi Penipuan Kebangsaan mulai 1 Mac
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja kilang rugi RM210,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud

Bernama
Bernama
23/07/2025
13:45 MYT
Pekerja kilang rugi RM210,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Chan, 47, berkata dia melihat satu iklan pelaburan yang menawarkan pulangan lumayan di media sosial sebelum membuat keputusan untuk melabur wang simpanannya pada 26 Mac lepas. - Gambar hiasan/Bernama
IPOH: Seorang pekerja kilang berputih mata selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi aplikasi Facebook sehingga mengakibatkan kerugian RM210,000.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Chan, 47, berkata dia melihat satu iklan pelaburan yang menawarkan pulangan lumayan di media sosial sebelum membuat keputusan untuk melabur wang simpanannya pada 26 Mac lepas.
Chan berkata dia kemudiannya menghubungi seorang wanita melalui aplikasi WhatsApp yang memperkenalkan diri sebagai seorang remisier atau orang tengah pelaburan.
"Saya lihat pelaburan ini nampak sah apabila diminta memuat turun satu aplikasi di Apple Store, aplikasi yang telah disahkan dan membuat pelaburan pakej permulaan dengan jumlah RM10,000 pada hari sama.
"Kemudian saya membuat lima lagi pemindahan wang iaitu RM50,000 pada 2 dan 4 April, RM80,000 (8 April), manakala pada esoknya RM5,000 dan RM15,000 pada 28 April kepada empat akaun berbeza secara dalam talian, mesin deposit tunai (CDM) termasuk di kaunter bank," katanya pada sidang media di Bangunan MCA Perak di sini, hari ini.
Chan berkata dia kemudiannya diberitahu akan menerima keuntungan hampir RM1.7 juta, namun perlu membuat pembayaran tambahan RM190,472.40 kononnya bagi mengeluarkan wang keuntungan itu.
"Apabila saya selidik lebih lanjut dengan rakan-rakan yang lain, mereka mengatakan saya telah ditipu dan membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Senam," katanya.
Sementara itu, Ketua Biro Perkhidmatan dan Aduan MCA Perak Yuen Chan How berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden itu.
"Jika sebelum ini sindiket akan menggunakan pautan untuk memuat turun sesuatu aplikasi tetapi kini mereka sudah mencipta aplikasi yang sah dan boleh dimuat turun melalui Apple Store atau Google Play.
"Pihak kami juga menasihati orang ramai agar sentiasa berhati-hati sebelum membuat pelaburan agar tidak menjadi mangsa penipuan, tidak ada pelaburan yang meminta kita membuat pembayaran untuk mengeluarkan keuntungan kita," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#media sosial
#WhatsApp
#pekerja kilang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan