awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja kontrak RAPID Pengerang maut, kereta jatuh gaung

Astro Awani
Astro Awani
13/05/2019
04:03 MYT
Pekerja kontrak RAPID Pengerang maut, kereta jatuh gaung
Mangsa yang maut meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Mersing dikenali sebagai Che Ku Mohd Hanafis Che Ku Abas, 31. - Foto JBPM
Seorang pekerja kontrak Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Pengerang maut, manakala rakannya cedera dalam kemalangan jalan raya di Kilometer Jalan Endau-Mersing, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing berkata mangsa yang maut meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Mersing dikenali sebagai Che Ku Mohd Hanafis Che Ku Abas, 31.
Manakala rakannya, Mohd Azri Mohd Ripin yang cedera ringan dirawat di hospital sama.
"Kemalangan berlaku pada 12.15 pagi apabila kereta Proton Wira yang dipandu mangsa terbabas jatuh ke dalam gaung setinggi 2 meter.
"Kejadian berlaku semasa kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Dungun, Terengganu menghala ke RAPID Pengerang apabila sampai di satu kawasan selekoh tajam di tempat kejadian kenderaan dipandu telah terbabas dan memasuki gaung," katanya dalam satu kenyataan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Mersing, Pegawai Bomba Kanan II Amir Hamzah, berkata pihaknya menerima panggilan pada 12.08 minit sebelum menggerakkan 11 anggota bersama sebuah jentera dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ke lokasi kejadian.
“Ketika pasukan bomba tiba pemandu sudah terkeluar separuh badan dari tingkap bahagian pemandu dan cedera teruk di bahagian kepala.
“Bagi penumpang pula mengalami kecederaan ringan," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#bomba
#Cyril Edward Nuing
#kemalangan
#Ketua Polis Daerah Mersing
#Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia
#mangsa
#maut
#meninggal dunia
#Rapid Pengerang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan