awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja kontrak tak mengaku salah culik remaja perempuan pagi Hari Raya

Sinar Harian
Sinar Harian
27/04/2023
05:45 MYT
Pekerja kontrak tak mengaku salah culik remaja perempuan pagi Hari Raya
Mohamad Khairul Firdaus, 26, berasal dari Pekan, Pahang, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Saiful Sayoti. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA PILAH: Seorang pekerja kontrak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan menculik seorang remaja perempuan pada awal pagi raya Aidilfitri, Sabtu lepas.
Tertuduh, Mohamad Khairul Firdaus, 26, berasal dari Pekan, Pahang, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Saiful Sayoti.
Berdasarkan pertuduhan, pada 22 April lalu, kira-kira jam 5.30 pagi, di hadapan sebuah rumah di gugusan Felda Raja Alias, Bandar Seri Jempol di Jempol, tertuduh telah menculik remaja perempuan berusia 14 tahun daripada penjaga yang sah.
Berikutan itu tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 361 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan akta sama yang mana boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Peh Fong Xi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan syarat tambahan tidak mengganggu mangsa sehingga kes selesai.
Selain itu, tertuduh diarahkan melapor diri di balai polis berhampiran dua kali sebulan.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 12 Mei ini di Mahkamah Majistret Bahau. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#culik remaja
#pagi hari raya
#Kuala Pilah
#kes mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan