SEMPORNA: Seorang pekerja ladang dibaham buaya ketika memancing di kawasan muara sungai di ladang Pegagau di sini, pada Ahad.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang, lelaki berusia 36 tahun itu dibaham reptilia tersebut sebelum dibawa masuk ke dalam sungai.
Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada orang awam yang menyatakan seorang pekerja ladang dibaham buaya.
"Mangsa bersama tujuh rakannya memancing di pinggir kawasan sungai, bagaimanapun tali pancingnya tersangkut di dalam air.
"Mangsa kemudian bertindak mengambil sebatang kayu panjang bagi melepaskan tali pancing berkenaan namun tiba-tiba seekor buaya muncul dan membaham kedua kakinya sebelum dibawa masuk ke dalam air," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan pada jam 4 petang hari yang sama.
"SAR giat dilakukan oleh pihak polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan dibantu pekerja ladang serta penduduk kampung.
"Mayat mangsa ditemui bersama buaya berkenaan, namun ia dibawa semula ke dalam sungai ketika pasukan SAR cuba menghampiri mayat tersebut," katanya.
Mohd Farhan berkata, SAR disambung semula pada Isnin namun sehingga kini mayat mangsa belum ditemui. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jan 31 2023
Operasi SAR disambung semula pada Isnin namun sehingga kini mayat mangsa belum ditemui. -Foto Sinar Harian
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Australia tekan gergasi teknologi bayar kandungan berita
Australia bercadang memperkenalkan peraturan baharu untuk memastikan syarikat teknologi besar membayar syarikat media atas kandungan berita yang dipaparkan di platform mereka.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Seorang hilang, enam selamat perahu karam di Sungai Song
Insiden membabitkan penduduk Rumah Ekeh Nanga Pan yang sedang dalam perjalanan pulang selepas mengunjungi pekan Pekan Song.
Pekerja ladang dibaham buaya ketika memancing
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang, lelaki berusia 36 tahun itu dibaham reptilia tersebut sebelum dibawa masuk ke dalam sungai.
Bot dirempuh: Mayat nelayan jatuh sungai ditemui selepas dua hari
Mayat Zulkifli Mohamad, 52, ditemui jam 8.10 pagi kira-kira dua kilometer dari tempat dia terjatuh dari botnya.
Bot dirempuh, nelayan jatuh sungai dikhuatiri lemas
Zulkifli terjatuh di muara sungai berdekatan jeti Pengkalan Segantang Garam, Merbok, pagi ini.
Amaran cuaca waspada di Pahang dan Johor
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, hujan lebat dijangka berlaku di Pekan, Pahang serta Segamat, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru di Johor.