awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja maut terperangkap dalam pembentung kumbahan

Bernama
Bernama
26/10/2019
02:51 MYT
Pekerja maut terperangkap dalam pembentung kumbahan
Mangsa dilapor sedang melakukan kerja-kerja pembersihan ketika kejadian berlaku. -Gambar fail
Seorang pekerja pembersihan sampah maut selepas terperangkap dalam lubang pembentung kumbahan di sebuah rumah pangsa Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas, di sini, petang semalam.
Mangsa Muhammad Razi, 32, warga Indonesia dilaporkan sedang melakukan kerja-kerja pembersihan ketika kejadian berlaku kira-kira 6.30 petang.
Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, TPGB I Mohd Suhaimi Jamal, mangsa terperangkap kerana satu daripada laluan pembentung tempat mangsa melakukan tugas secara tiba-tiba dibanjiri air najis yang datang dari sistem kumbahan.
Rakan sekerja mangsa yang menyedari kejadian kemudiannya pantas memaklumkan perkara itu kepada pihak bomba dan susulan itu, 22 anggota bomba bersama sebuah jentera, dua kenderaan utiliti dan sebuah kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digegaskan ke lokasi kejadian bagi menyelamatkan mangsa.
"Setibanya di lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada 6.49 petang, anggota mendapati memang benar terdapat seorang pekerja pembersihan sampah terperangkap di dalam lubang pembentung. Pihak bomba terpaksa menyedut air di Point 1 (laluan utama pembentung) untuk menyelamatkannya.
"Pada 10.39 malam, mangsa akhirnya dijumpai dan dibawa keluar namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Sultanah Aminah. Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#air
#Indonesia
#lelaki
#mangsa
#maut
#mayat
#meninggal dunia
#operasi
#polis
#rakyat
#rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan