NATIONAL
Pekerja pembersihan didakwa lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan

Muhammad Ikmal Mansor mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berumur lapan tahun. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang pekerja pembersihan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berumur lapan tahun.
Ringkasan AI
- Muhammad Ikmal Mansor, seorang pekerja pembersihan, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berumur lapan tahun.
- Dia didakwa membuka zip hadapan seluarnya supaya dilihat oleh mangsa bagi tujuan seksual di tepi tangga sebuah Program Perumahan Rakyat (PPR) di Cheras pada 25 Disember.
- Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan syarat tambahan tidak mengganggu mangsa dan keluarganya, dan menetapkan 13 Februari tahun depan untuk sebutan kes.
Timbalan Pendakwa Raya Atiqa Nazihah Azmi tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin, namun sekiranya mahkamah mahu mengguna pakai budi bicara untuk menawarkan jaminan, pendakwaan mencadangkan RM10,000 dengan seorang penjamin.
"Selain itu, pihak kami mohon syarat tambahan tertuduh tidak mengganggu mangsa dan keluarganya kerana mereka tinggal di PPR yang sama," katanya.
Peguam Mohamad Zaidi Othman yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya yang hanya bekerja sebagai pengangkut sampah akan berkahwin pada Februari depan manakala ibunya menghidap kanser payu dara dan baru sahaja menjalani pembedahan.
Hakim Mohd Kafli Che Ali membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan dan menetapkan 13 Feb tahun depan untuk sebutan kes.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami