awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja Politeknik Mukah maut dalam kemalangan dua kereta

Bernama
Bernama
13/08/2023
06:30 MYT
Pekerja Politeknik Mukah maut dalam kemalangan dua kereta
Pasukan perubatan mengesahkan Dimas Masri Hasnawi, 48, penumpang di tempat duduk bahagian hadapan kereta meninggal dunia di tempat kejadian. - Gambar hiasan
SIBU: Seorang kakitangan Politeknik Mukah maut apabila Perodua Bezza dinaikinya bertembung dengan Perodua Alza yang dipandu seorang warga emas di Kilometer 7, Jalan Mukah-Oya, kira-kira 157 kilometer dari sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhammad Rizal Alias berkata pasukan perubatan Hospital Mukah yang tiba di lokasi nahas mengesahkan Dimas Masri Hasnawi, 48, penumpang di tempat duduk bahagian hadapan kereta meninggal dunia di tempat kejadian, dalam kemalangan pada kira-kira pukul 8 malam itu.
Beliau berkata kejadian berlaku semasa lelaki itu bersama isteri dan tiga orang anak mereka dalam perjalanan dari Mukah ke Oya, manakala Perodua Alza yang dipandu seorang lelaki berusia 74 tahun pula sedang bergerak dari arah bertentangan.
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta Alza itu dipercayai hilang kawalan dan memasuki lorong bertentangan lalu bertembung dengan sebuah kereta," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Katanya pemandu dan empat penumpang Alza, serta isteri dan anak-anak Dimas, mengalami kecederaan akibat kemalangan.
Muhammad Rizal berkata mayat telah dihantar ke bilik mayat Hospital Mukah, manakala kenderaan-kenderaan terlibat dalam kemalangan itu telah dibawa ke Ibu Pejabat Daerah Mukah untuk siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#Mukah
#Jalan Mukah-Oya
#Muhammad Rizal Alias
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan