IPOH: Sebuah syarikat pembuatan dijatuhi hukuman denda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini, kerana gagal mengadakan sistem kerja selamat bagi aktiviti kerja pengendalian jentera sehingga menyebabkan berlaku kemalangan kepada seorang pekerja, Mac tahun lalu.
Hakim Norashima Khalid membuat keputusan itu selepas wakil syarikat, MSBB Engineering Sdn. Bhd. membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan.
Mengikut pertuduhan, MSBB Engineering Sdn. Bhd. sebagai majikan telah gagal untuk memastikan, setakat yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja pekerjanya iaitu gagal mengadakan sistem kerja selamat bagi aktiviti kerja pengendalian jentera ‘surface planer’ sehingga menyebabkan berlaku kemalangan kepada seorang pekerja tempatan berusia 19 tahun.
Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 8.40 pagi, 19 Mac 2021, telah menyebabkan mangsa mendapat kecederaan akibat terkena mata ketam (cutter head) yang sedang berputar ketika sedang menjalankan kerja-kerja mengetam kayu menggunakan mesin ‘surface planer’.
Mangsa dihantar ke Hospital Batu Gajah untuk mendapatkan rawatan dan disahkan putus sepenuhnya hujung ruas jari telunjuk dan tisu terpotong pada hujung jari tengah di tangan kiri mangsa.
Syarikat itu dituduh di bawah Seksyen 15(1), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak.
Sabit kesalahan memperuntukan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi tempoh 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa JKKP Perak, Mohd Shazami Ishak.
Abd Razak Mohd Ali
Thu Jan 20 2022
Sebuah syarikat pembuatan dijatuhi hukuman denda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh kerana gagal mengadakan sistem kerja selamat bagi aktiviti kerja pengendalian jentera.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
Keutamaan negara Asia Barat untuk penuhi hasrat rakyat Palestin
Sekiranya Palestin diberikan negara dan kebebasan, mana-mana pihak tidak perlu lagi campur tangan dan tidak ada lagi konflik di Timur Tengah.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia dalam tiga hasrat
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjadi platform untuk Malaysia menggemakan keterbukaan jalinan kerjasama untuk melonjakkan ekonomi negara.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Pekerja putus jari, majikan didenda RM20,000
Seorang pekerja syarikat pembuatan putus sepenuhnya hujung ruas jari telunjuk ketika mengetam kayu menggunakan mesin surface planer.