awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja restoran didakwa buat hantaran ancam doktor berhubung vaksin COVID-19

Bernama
Bernama
08/12/2022
10:05 MYT
Pekerja restoran didakwa buat hantaran ancam doktor berhubung vaksin COVID-19
Norhakim Nordin, 39, selaku orang kena saman (OKS) didakwa membuat dan memulakan penghantaran teks yang bersifat mengancam dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain menggunakan aplikasi Facebook "Hakim Nordin" - Gambar hiasan
PETALING JAYA: Seorang pekerja restoran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang mengancam beberapa doktor berhubung pengambilan vaksin COVID-19 melalui aplikasi Facebook, Januari lepas.
Norhakim Nordin, 39, selaku orang kena saman (OKS) didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi iaitu teks yang bersifat mengancam dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain menggunakan aplikasi Facebook "Hakim Nordin" pada 11.12 malam, 22 Jan lepas.
Hantaran itu kemudian dibaca di Hospital Pakar KPJ Damansara, di sini pada 4 petang, 24 Jan lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan, jika sabit kesalahan.
Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Nur Nazhzilah Mohammad Hashim menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin manakala OKS yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah memandangkan dia yang hanya berpendapatan RM2,000 dan perlu menanggung isteri serta dua anak.
Hakim Azrul Darus membenarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan kes pada 15 Feb depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Mahkamah Sesyen
#ancaman
#Facebook
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan