Seramai 6.9 juta pekerja swasta dilindungi Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO jika mereka kehilangan pekerjaan, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan.
Beliau berkata, antara manfaat SIP adalah bantuan kewangan segera dan program penempatan pekerjaan serta latihan.
“Pekerja yang kehilangan pekerjaan dan berdaftar serta mencarum di bawah SIP PERKESO layak menerima faedah-faedah SIP seperti elaun mencari pekerjaan, elaun bekerja semula awal dan elaun pendapatan berkurangan.
“Selain itu, mereka juga layak menerima elaun latihan dengan kadar RM30 sehari, fi latihan yang terhad kepada RM6,000 selain program penempatan pekerjaan dan kaunseling kerjaya,” kata beliau menerusi kenyataan pada Rabu.
Dalam pada itu, Saravanan turut berkata, PERKESO akan melaksanakan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) yang antara lain membolehkan pekerja swasta yang diberi notis cuti tanpa gaji sejak 1 Mac lalu menerima bantuan RM600 sebulan.
“ERP ini akan memberi bantuan kewangan sementara sebanyak RM600 sebulan pada kadar rata untuk tempoh maksimum enam bulan kepada mana-mana pekerja dan majikan yang memenuhi beberapa syarat kelayakan,” katanya.
Antara syarat yang ditetapkan termasuk pekerja yang diberi notis cuti tanpa gaji oleh majikan berkuatkuasa 1 Mac lalu; pekerja sektor swasta yang berdaftar dan mencarum dalam SIP PERKESO dan pekerja yang bergaji kurang RM4,000.
Katanya, syarat lain antaranya majikan perlu membuat permohonan bagi pihak pekerja dan menyalurkan RM600 terus ke dalam akaun pekerja.
Saravanan berkata tuntutan di bawah Faedah SIP ataupun bantuan ERP boleh dibuat di mana-mana Pejabat PERKESO yang terdekat di seluruh negara atau melalui permohonan dalam talian di laman web PERKESO.
Susulan Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa hari ini, Saravanan turut memberi jaminan kementerian itu akan membantu dan bersedia dengan semua perkhidmatan di bawah SIP sepanjang tempoh kawalan itu.
.
.
Najmi Syahiran Mamat
Wed Mar 18 2020
Saravanan berkata tuntutan di bawah Faedah SIP atau bantuan ERP boleh dibuat di pejabat PERKESO atau secara dalam talian. Gambar BERNAMA.
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Lebih 400 kes difailkan di mahkamah terhadap kerajaan Sabah
Sebanyak 110 kes dimenangi oleh kerajaan negeri termasuk kes yang telah dibuang dan diketepi oleh mahkamah, manakala tiga kes lagi berkeputusan kalah.
Mendiang Sivasutan anak yang sangat baik, tidak tolak permintaan orang tua - Bapa
"Bukan sahaja jasad pergi... tetapi segala keseronokan, kebaikan dan kegembiraan dia bawa bersama."
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM | Pengedaran dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak, tahan dua lelaki
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Umat Islam perlu celik digital untuk tunai umrah
Forum Umrah dan Ziarah 2024, kali ini diadakan di Madinah menjadi platform penting bagi mengumpulkan semua pemain industri perkhidmatan
Panggilan ‘daddy’ di pengebumian wira Wan Rezaudeen Kamal buat orang ramai sebak
Antara yang turut mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham adalah Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin.
AWANI Tonight: Bridging gaps in AUKU for better student empowerment
Amendments to the Universities and University Colleges Act give students more autonomy in managing their associations’ finances. Rasydan Mohd Hassan, formerly of the National Student Consultative Council, explains what this means for student empowerment.
AWANI Tonight: UN Human Rights calls for independent investigation on Gaza mass graves
The UN Human Rights calls for an independent and transparent investigation into the mass graves found in and around hospitals in Gaza, including the Nasser Hospital.
Pekerja swasta cuti tanpa gaji terima RM600, 6.9 juta dilindungi - Saravanan
PERKESO akan melaksanakan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) yang antara lain membolehkan pekerja swasta yang diberi notis cuti tanpa gaji sejak 1 Mac lalu menerima bantuan RM600 sebulan.