awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja syarikat kawalan keselamatan ditahan curi wang ATM

Sinar Harian
Sinar Harian
03/01/2023
21:15 MYT
Pekerja syarikat kawalan keselamatan ditahan curi wang ATM
Superintendan Ramli Kasa berkata, lelaki berusia 36 tahun itu ditahan di kediamannya di Kundang pada jam 1.45 pagi. - Foto Sinar Harian
KUALA SELANGOR: Polis menahan seorang pekerja syarikat kawalan keselamatan selepas disyaki terbabit dalam kes curi wang daripada sebuah mesin wang automatik (ATM) di sebuah institusi pengajian di Bestari Jaya di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, lelaki berusia 36 tahun itu ditahan di kediamannya di Kundang pada jam 1.45 pagi.
Menurutnya, siasatan lanjut di kediaman suspek turut menemui wang tunai berjumlah RM5,000.
"Suspek telah direman hingga Khamis ini untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Menurut Ramli, kejadian itu disedari seorang rakan suspek yang membuat pembaikan kerosakan mesin ATM pada Ahad.
"Rakan suspek yang curiga kemudiannya membuat laporan polis jam 11.40 malam selepas mendapati satu seal casset bahagian bawah dan casset penolakan wang dalam keadaan terbuka dan tiada wang di dalamnya," ujar beliau.
Katanya, curiga dengan keadaan itu, rakan suspek kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.
"Siasatan telah dijalankan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri" jelas Ramli. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pekerja syarikat keselamatan
#Mesin ATM
#curi
#Kuala Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan