Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Pekerja warga Myanmar maut jatuh dari tingkat 25 di George Town

71770254780_mayatgeneric.jpg
Mangsa dipercayai terjatuh dan pemeriksaan ke atas mayat serta tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah. - Gambar hiasan
Advertisement

GEORGE TOWN: Seorang pekerja pembinaan warga Myanmar maut dipercayai terjatuh dari tingkat 25 sebuah bangunan kondominium yang sedang dalam pembinaan di Lorong Perak, Jelutong di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata polis menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 6.50 petang dan mangsa berusia 31 tahun ditemukan di tingkat 20 bangunan berkenaan.

“Mangsa adalah pekerja di tapak pembinaan itu dan sedang melakukan kerja pemasangan papan di tingkat 25 ketika kejadian.

“Mangsa dipercayai terjatuh dan pemeriksaan ke atas mayat serta tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah dalam kes ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan satu Laporan Mati Mengejut (LMM) dibuka bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.

-- BERNAMA

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement