awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelabuhan Bintulu diserah kepada Sarawak Jun ini

Bernama
Bernama
08/01/2024
23:00 MYT
Pelabuhan Bintulu diserah kepada Sarawak Jun ini
Uggah menyampaikan cenderahati kepada Loke selepas mesyuarat Jawatankuasa Bersama Persekutuan-Negeri di Kuching. - Foto Facebook UKAS
KUCHING: Pelabuhan Bintulu dijangka diserahkan kepada kerajaan negeri Sarawak pada bulan Jun depan.
Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak dalam kenyataan bersama semalam berkata kesepakatan bagi memuktamadkan penyerahan itu dicapai pada mesyuarat Jawatankuasa Bersama Persekutuan-Negeri di sini semalam.
Mesyuarat itu dipengerusi bersama oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Menurut kenyataan itu satu Memorandum Persefahaman (MoU) akan ditandatangani bulan depan bagi merealisasikan penyerahan itu.
Menurutnya Kementerian Pengangkutan akan membentangkan Rang Undang-Undang pemansuhan Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu, 1981 pada persidangan Parlimen nanti.
"Bagi memastikan operasi pelabuhan Bintulu tidak terkesan dan terganggu oleh proses penukaran status, kerajaan Sarawak akan mewujudkan Lembaga Pelabuhan Bintulu (Sarawak) di bawah Ordinan Lembaga-Lembaga Pelabuhan 1961," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pelabuhan Bintulu
#Sarawak
#Douglas Uggah Embas
#Kementerian Pengangkutan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan