KUALA LUMPUR:Pelabur asing menjual ekuiti tempatan bernilai RM535.5 juta bersih pada minggu ketiga 2021 berbanding RM288.4 juta pada minggu sebelumnya.
Ahli ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim berkata pelabur antarabangsa memulakan minggu berkenaan dengan melupuskan sejumlah RM199.7 juta bersih ekuiti tempatan pada Isnin kerana mereka bimbang kemungkinan pelancaran vaksin yang perlahan boleh melambatkan pemulihan ekonomi global.
Begitu juga dengan indeks FBM KLCI yang mengalami permulaan awal yang kurang menyenangkan, menyusut 1.3 peratus Isnin minggu lepas untuk berada pada paras 1,576.6 mata, tidak seperti bursa serantau yang lain - Korea Selatan, Thailand, Jepun, dan Hong Kong yang mengakhiri urus niaga lebih tinggi, didorong oleh keyakinan daripada cadangan pakej rangsangan AS.
Momentum penjualan bersih asing meningkat kepada RM298.9 juta pada Selasa selepas sentimen pelabur terjejas oleh berita bahawa pakej rangsangan AS mungkin ditunda.
"Presiden Joe Biden memaklumkan beliau terbuka untuk menyusun semula cadangan bantuan COVID-19 bernilai US$ 1.9 trilion ketika kerajaan mencari perjanjian bagi kedua-dua pihak, walaupun tidak menolak untuk meneruskan laluan yang digunakan oleh Demokrat.
"Rentak penjualan ekuiti tempatan oleh pelabur asing perlahan seketika pada Rabu dengan mereka hanya menjual RM81.3 juta bersih seiring dengan rakan Asia Tenggara yang lain seperti Thailand, Indonesia dan Filipina," katanya kepada Bernama.
Untuk bahagian dasar monetari pula, peniaga mengharapkan agar pengerusi Rizab Persekutuan AS Jerome Powell mengekalkan sokongan agresif bank pusat terhadap ekonomi AS selepas mesyuarat dua hari Rizab Persekutuan selesai pada Rabu.
Semasa pasaran dibuka semula selepas cuti umum sambutan perayaan Thaipusam, Adam berkata pelabur luar pesisir menjana pulangan sederhana dengan memperoleh ekuiti tempatan berjumlah RM44.4 juta bersih pada hari Jumaat.
Aliran masuk asing pada Jumaat menyaksikan rentetan penjualan asing selama lapan hari di Bursa Malaysia.
Setelah diteliti, Malaysia adalah satu-satunya negara yang mencatat aliran masuk bersih asing pada hari Jumaat berbanding dengan pasaran Asia lain seperti Thailand, Indonesia, Filipina, Korea Selatan, India, dan Taiwan.
Malaysia turut mendapat aura positif pada Khamis tatkala saham AS melonjak kembali daripada kerugian terburuk sejak Oktober berikutan langkah mengehadkan spekulasi peniaga runcit di beberapa syarikat telah membuka pintu bagi dana lindung nilai mengumpul saham yang mereka inginkan.
Secara keseluruhan, bulan Januari 2021 menyaksikan aliran keluar bersih asing sebanyak RM834.7 juta bersih, menandakan aliran keluar bersih asing ke-19 berturut-turut dari Bursa Malaysia.
"Berbanding dengan rakan serantau Asia yang lain (Korea Selatan, Thailand, Indonesia, Filipina, Taiwan dan India), Malaysia mempunyai aliran keluar bersih asing bulanan terkecil pada Januari 2021, sementara Korea Selatan mencatatkan penjualan bersih asing bulanan tertinggi US$5.2 bilion bersih pada bulan yang sama," kata Adam.
Sementara itu, MIDF Research dalam Laporan Aliran Dananya berkata sejak awal 2021, secara kumulatif, peruncit adalah satu-satunya pembeli bersih pasaran ekuiti yang bernilai RM1.75 bilion.
Institusi tempatan dan pelabur asing pula merupakan penjual bersih, masing-masing berjumlah -RM919.25 juta dan -RM833.87 juta.
Pasaran ekuiti utama seluruh dunia turut menyaksikan prestasi negatif untuk minggu keempat 2021, termasuk AS, Singapura dan Eropah, katanya.
- BERNAMA
TAG: aliran dana, pelabur asing, ekuiti tempatan, Adam Mohamed Rahim, Bank Islam, MIDF
Bernama
Tue Feb 02 2021

Aliran masuk asing pada Jumaat menyaksikan rentetan penjualan asing selama lapan hari di Bursa Malaysia. - Gambar fail

Varian Baru COVID-19 | Perancis tangguh penerbangan dari Brazil
Perancis akan menangguhkan semua penerbangan keluar masuk dari Brazil. Ini sebagai usaha mencegah penularan varian baharu COVID-19 yang berasal dari negara itu.

Tehran tingkatkan tahap pengayaan uranium
Iran akan memulakan untuk meningkatkan proses pengayaan uraniumnya ke tahap 60 peratus.

COVID-19 | Kes positif global melebihi 137.05 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 global kini melebihi 137.05 juta, Ini berikutan pertambahan ratusan ribu kes dalam tempoh 24 jam yang lepas.

Lelaki OKU dibunuh, dibakar bagi memenuhi permintaan 'si mati'
Mangsa dipaksa minum alkohol sehingga pengsan dan dibunuh sebelum dimasukkan ke dalam keranda.

AS saran tangguh penggunaan vaksin J&J
Amerika Syarikat (AS) menyarankan supaya penggunaan vaksin dos tunggal keluaran Johnson and Johnson (J&J) ditangguhkan.

Belasungkawa | Jenazah pelajar Malaysia selamat disemadikan
Penuntut Malaysia di UK meninggal dunia selepas rebah di padang bola, selamat disemadikan Pelajar Malaysia, Muhammad Hafidz Abdullah, yang meninggal dunia selepas bermain bola sepak di Sheffield, United Kingdom pada 8 April lalu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang, Negeri Sembilan malam tadi. Jenazah Allahyarham yang berusia 36 tahun itu disemadikan kira-kira jam 10 malam dengan dihadiri isterinya, Nazihawati Mohiddin dan dua anaknya serta lebih 50 ahli keluarga dan sahabat terdekat.

Bazar Ramadan | Penutupan serta-merta jika ada pelanggaran SOP
Bazar Ramadhan akan diarah tutup jika didapati penganjur tidak mematuhi SOP yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini. Menurut Pengerusi Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, Datuk Abdul Rahim Muda, penutupan akan dibuat serta-merta jika ada pelanggaran peraturan yang boleh menyebabkan punca penularan pendemik COVID-19.

Nilai R-Naught | Meningkat 1.09, Terengganu tertinggi
Kadar kebolehjangkitan (R-Naught) COVID-19 di Malaysia meningkat untuk tiga hari berturut-turut sejak 11 April. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Nilai R Naught pada Selasa meningkat kepada 1.09 pada Selasa berbanding 1.07 hari sebelumnya.

Nuklear Iran | Tehran tingkatkan tahap pengayaan uranium
Iran akan mula tingkatkan proses pengayaan uraniumnya ke tahap 60 peratus. Ini susulan serangan ke atas kemudahan nuklear Natanz.

Bursa AS ditutup tinggi, angka inflasi tinggi
Saham di pasaran Amerika ditutup tinggi dalam dagangan Selasa selepas pelabur mengambil kira perkembangan terkini berkenaan vaksin Johnson and Johnson dan kadar inflasi Amerika yang kukuh.

Pelabur asing jual ekuiti tempatan bernilai RM288.2 juta bersih minggu lepas
Pelabur antarabangsa memulakan minggu berkenaan dengan melupuskan sejumlah RM199.7 juta bersih ekuiti tempatan pada Isnin.

Bon Malaysia catat aliran masuk asing bulanan terbesar sejak Sept 2017
Pasaran bon Malaysia mencatatkan peningkatan minat asing dengan pegangan melonjak kepada RM8 bilion, pada November, selepas tiga bulan berturut-turut mencatatkan prestasi perlahan.