awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelabur baharu Kelantan FC 'orang bola'

Sinar Harian
Sinar Harian
20/07/2023
23:15 MYT
Pelabur baharu Kelantan FC 'orang bola'
Norizam berkata, beliau akan mengumumkan mengenai pelabur baharu TRW itu apabila tiba masa yang sesuai. - Gambar fail
PEMILIK Kelantan FC, Norizam Tukiman masih berahsia mengenai pelabur baharu kelab itu.
Menurut Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham, beliau akan mengumumkan mengenai perkara itu apabila tiba masa yang sesuai.
Namun, beliau berkata, pelabur baharu kelab itu adalah 'orang bola' dan mengetahui mengenai industri bola sepak.
"Mengenai pelabur (baharu) yang akan membeli saham Kelantan FC, orang (individu) itu orang bola sepak.
"Cuma saya tidak boleh umumkan hari ini dan biarlah (diumumkan) di venue yang lain," katanya dalam satu sidang media pada Khamis.
Difahamkan, individu yang dikaitkan sebagai pelabur baharu TRW itu adalah ahli perniagaan yang juga penaja utama pasukan Bawah 23 tahun (B-23) Kelantan FC.
Sebelum ini, usahawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman dan pemilik Erfan Gym & Fitness, Erfan Akif Ruslan pernah menyatakan hasrat untuk mengambil alih pasukan itu.
Namun, dengan kemasukan pelabur baharu ini, ia secara tidak langsung menutup peluang buat kedua-dua mereka mengambil alih pasukan tersebut. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kelantan FC
#Norizam Tukiman
#pelabur
#TRW
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan