'Pelabur tak percaya bukan sebab Statut Rom, tapi polisi macam 'yoyo' - TMJ

Hasimi Muhamad
April 9, 2019 08:04 MYT
Tegas Tunku Ismail, ia kerana dasar polisi yang dipimpin oleh kerajaan sejak hari pertama Pakatan Harapan (PH) mengambil alih tampuk pimpinan negara. - Gambar fail
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan ketidakpercayaan pelabur untuk melabur di Malaysia bukan kerana keputusan kerajaan tidak meratifikasi Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Sebaliknya, tegas Tunku Ismail, ia kerana dasar polisi yang dipimpin oleh kerajaan sejak hari pertama Pakatan Harapan (PH) mengambil alih tampuk pimpinan negara.
“Pelabur tak yakin bukan pasal tak sign (menandatangani) Statut Rom. Pelabur tak yakin pasal polisi macam yoyo since first day (sejak hari pertama). Setiap hari ada cerita baru.
"Contoh RTS (projek Sistem Rapid Transit) sesuatu yang boleh membantu masalah orang keluar masuk Johor dan Singapura dihentikan dan pergi bina lapangan terbang di Kulim,” demikian katanya dalam kemaskini di laman Twitter, pada Selasa.

Pelabur tak yakin bukan pasal tak sign statute Rom. Pelabur tak yakin pasal Policy macam yoyo since first day. Everyday ada cerita baru. Contoh RTS, sesuatu yg boleh membantu masaalah org keluar masuk Johor dan Spore di hentikan, dan pegi bina airport di Kulim instead. https://t.co/hG05tDz4xC

— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) April 9, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tunku Ismail atau lebih dikenali sebagai TMJ berkata demikian sebagai membidas kenyataan seorang pengguna Twitter yang mendakwa pelabur tidak yakin dengan Malaysia selagi mana kerajaan tidak menerima ICC.
Sabtu lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memutuskan Malaysia menarik diri daripada ICC kerana kekeliruan yang timbul dalam masyarakat serta disebabkan cubaan pihak tertentu.
Dr Mahathir memberitahu keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet setelah mengambil kira bantahan pelbagai pihak termasuk majlis raja-raja.
Dalam pada itu, TMJ turut menyentuh isu yang tular berhubung khabar angin mengenai pertukaran Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian.

Titah utk tukar Menteri Besar dah lama. Tetapi org lain pula nak ambil kredit dan mileage, kononnya dia arahkan. Kebawah Duli Tuanku sudah meneliti untuk tukar MB sejak berbulan lalu. Jgn lupa, kuasa memilih Menteri Besar adalah hak mutlak Sultan. Cukup cukuplah politicking.

— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) April 9, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Saya harap Menteri Besar yang baru bukanlah yes man Putrajaya saja. Kesejahteraan rakyat dan kemakmuran Negeri Johor mesti diutamakan. I hope the new Menteri Besar is not a yes man of Putrajaya. The welfare of the people and well being of the state must always be a priority.

— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) April 9, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun katanya, kesempatan tersebut diambil individu lain kononnya arahan menukar Menteri Besar itu datang daripada pihaknya.
Namun, tambah TMJ, perkara itu sudah lama dititahkan dan pemilihan Menteri Besar adalah hak mutlak Sultan,
“Titah untuk tukar Menteri Besar dah lama tetapi orang lain pula nak ambil kredit dan mileage (kelebihan) kononnya dia arahkan.
“Ke bawah duli tuanku sudah meneliti untuk tukar Menteri Besar sejak berbulan lalu. Jangan lupa, kuasa memilih Menteri Besar adalah hak mutlak Sultan. Cukup cukuplah politicking,” katanya.
Justeru itu, TMJ berharap Menteri Besar baharu bukanlah yes man Putrajaya, sebaliknya perlu mengutamakan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri Johor.
BACA: Jangan terikut spekulasi tukar MB Johor - Syed Saadiq
#Kerabat Johor #Menteri Besar #Pakatan Harapan #Polisi yoyo #Statut Rom #Sultan Johor #TMJ