awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
X sekat Grok daripada sunting imej dedah tubuh selepas tekanan global
Jangan ajar kami sopan kalau kamu tidak sopan - Akmal tegur sikap DAP
Lagi insiden kren runtuh di Thailand, dua maut di Samut Sakhon
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelaburan bagi kesejahteraan kanak-kanak bukan sekadar kewajipan moral - Abang Jo

Bernama
Bernama
22/10/2024
21:15 MYT
Pelaburan bagi kesejahteraan kanak-kanak bukan sekadar kewajipan moral - Abang Jo
Amar Douglas pada majlis perasmian "Regional Social Policy Conference 2024: Prioritizing Investments in Children on a Changing Region", pada Selasa. - Foto BERNAMA
KUCHING: Pelaburan bagi kesejahteraan kanak-kanak bukan sekadar kewajipan moral semata-mata, tetapi ia juga adalah satu keperluan ekonomi, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata kajian menunjukkan bahawa pelaburan awal dalam pendidikan dan kesihatan memberikan pulangan yang signifikan, bukan sahaja kepada individu tetapi juga masyarakat.
"Dasar sosial memainkan peranan penting dalam menangani cabaran-cabaran ini. Ia bukan sekadar jaringan keselamatan, ia adalah asas untuk pembangunan mampan.
"Dengan melabur dalam sistem perlindungan sosial, kita boleh memberikan sokongan kepada golongan paling rentan, termasuk migran, penduduk setinggan dan mereka yang terjejas oleh perubahan iklim," katanya ketika berucap pada Persidangan Dasar Sosial Serantau Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Malaysia di sini pada Selasa.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Persidangan Dasar Sosial Serantau selama dua hari yang bermula pada Selasa akan memberi tumpuan kepada kepentingan melabur dalam masa depan kanak-kanak, manakala Forum @KitaConnect pada 9 Nov bakal menonjolkan pemimpin muda yang memperjuangkan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).
Abang Johari berkata di Sarawak, kerajaan negeri telah membuat kemajuan besar dalam mempertingkatkan rangka kerja perlindungan sosialnya dengan inisiatif yang bertujuan memastikan tiada kanak-kanak tercicir.
Beliau berkata sejak 2020, Sarawak telah memperkenalkan elaun selepas bersalin (Bantuan Ibu Bersalin) kepada wanita hamil dan kanak-kanak, bersama dana endowmen bagi meningkatkan kesejahteraan kewangan kanak-kanak pada masa hadapan.
"UNICEF melaporkan bahawa bagi setiap dolar yang dilaburkan dalam pembangunan awal kanak-kanak, terdapat pulangan sehingga AS$12 dalam faedah ekonomi.
"Ini adalah hujah yang menarik mengapa kita perlu mengutamakan pelaburan kita kepada kanak-kanak. Tenaga kerja masa depan di rantau kita bergantung pada keputusan yang kita buat hari ini, " tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UNICEF
#pelaburan
#pendidikan
#Kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan