X sekat Grok daripada sunting imej dedah tubuh selepas tekanan global

Tindakan itu diambil susulan tekanan global serta beberapa siasatan berhubung penyebaran imej seksual tanpa persetujuan yang turut melibatkan kanak-kanak. -Gambar fail/AP
PLATFORM media sosial X mengumumkan langkah baharu menyekat alat kecerdasan buatannya, Grok, daripada digunakan mengedit imej individu sebenar sehingga kelihatan memakai pakaian mendedahkan tubuh atau menanggalkan pakaian.
Ringkasan AI
- Platform media sosial X mengumumkan langkah baharu untuk menyekat alat kecerdasan buatannya, Grok, daripada mengedit imej individu sehingga kelihatan memakai pakaian mendedahkan tubuh.
- Tindakan itu diambil susulan tekanan global dan siasatan berkaitan penyebaran imej seksual tanpa persetujuan, termasuk yang melibatkan kanak-kanak.
- Beberapa negara seperti Indonesia, Malaysia, dan India telah mengambil tindakan segera terhadap Grok, manakala Suruhanjaya Eropah memantau langkah-langkah keselamatan yang diambil oleh X bagi melindungi pengguna dari eksploitasi, terutamanya dalam isu kanak-kanak.
Had itu terpakai kepada semua pengguna, termasuk pelanggan berbayar.
Langkah baharu tersebut diumumkan beberapa jam selepas Peguam Negara California memulakan siasatan terhadap xAI, pembangun Grok, berhubung penghasilan imej seksual tanpa persetujuan yang tular sejak beberapa minggu lalu.
Siasatan turut memberi tumpuan kepada kandungan melibatkan wanita dan kanak-kanak yang dianggap mengejutkan dan tidak boleh diterima.
Beberapa negara turut mengambil tindakan segera — Indonesia menjadi negara pertama menyekat akses penuh kepada Grok, diikuti Malaysia, manakala India memaklumkan ribuan hantaran serta ratusan akaun telah dipadamkan selepas aduan difailkan.
Di Eropah, Suruhanjaya Eropah memantau rapat langkah X bagi memastikan keselamatan pengguna, khususnya dalam isu eksploitasi kanak-kanak.
Di UK, pengawal selia media Ofcom melancarkan siasatan, manakala Perdana Menteri Sir Keir Starmer menyifatkan imej tidak bermaruah yang dihasilkan Grok sebagai “menjijikkan” dan menegaskan tindakan tegas akan diambil sekiranya platform itu gagal mematuhi undang-undang tempatan.
Sebagai lapisan keselamatan tambahan, X turut mengehadkan ciri penciptaan dan penyuntingan imej menerusi Grok kepada pengguna berbayar sahaja, dengan alasan ia meningkatkan akauntabiliti dan kawalan terhadap penyalahgunaan teknologi.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah langkah yang diambil oleh platform media sosial X berhubung dengan alat kecerdasan buatannya, Grok? A: Platform media sosial X telah mengumumkan langkah untuk menyekat Grok daripada mengedit imej individu sebenar sehingga kelihatan memakai pakaian mendedahkan tubuh atau menanggalkan pakaian.
- Q: Apa yang mendorong tindakan baru yang diumumkan oleh platform media sosial X berhubung alat kecerdasan Grok? A: Tindakan itu diambil susulan tekanan global serta beberapa siasatan berhubung penyebaran imej seksual tanpa persetujuan yang melibatkan kanak-kanak.
- Q: Apa langkah yang diambil oleh beberapa negara berhubung dengan akses kepada Grok? A: Beberapa negara termasuk Indonesia, Malaysia, dan India telah mengambil tindakan segera untuk menyekat akses kepada Grok atau memadamkan akaun yang melibatkan penyalahgunaan teknologi tersebut.
- Q: Apa yang dilakukan Suruhanjaya Eropah dan pengawal selia media Ofcom berhubung dengan keselamatan pengguna dalam konteks isu eksploitasi kanak-kanak? A: Suruhanjaya Eropah memantau langkah X bagi memastikan keselamatan pengguna, manakala pengawal selia media Ofcom di UK melancarkan siasatan dan berjanji mengambil tindakan tegas jika platform tersebut gagal mematuhi undang-undang tempatan.
- Q: Mengapa platform media sosial X memutuskan untuk mengehadkan ciri penciptaan dan penyuntingan imej menerusi Grok kepada pengguna berbayar sahaja? A: X memutuskan untuk mengehadkan ciri tersebut kepada pengguna berbayar sebagai lapisan keselamatan tambahan untuk meningkatkan akauntabiliti dan kawalan terhadap penyalahgunaan teknologi Grok.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

