KUALA LUMPUR: Pelaburan berkualiti rendah mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran rendah, menetapkan kadar gaji pada tahap yang rendah sekali gus menjadi punca kepada lambakan pekerja asing di negara ini.
Sehubungan itu, tegas Prof. Madya Irwan Shah Zainal Abidin dari Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan & Perbankan UUM, kerajaan perlu memberi tumpuan kepada usaha membawa lebih banyak pelaburan berkualiti tinggi untuk mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi.
Dengan itu, katanya, kebergantungan kepada tenaga kerja berkemahiran rendah dapat dikurangkan sekali gus menyelesaikan isu pengangguran, kekurangan pekerjaan serta ketidakpadanan pekerjaan untuk tenaga kerja tempatan.
“Bila kita hanya mahukan pelaburan semata-mata, apa yang berlaku akhirnya kita menjadi satu pusat penarikan pekerja kurang mahir dan kebergantungan kepada pekerja kurang mahir menyebabkan kadar upah kita itu ditekan dan sukar untuk naik.
“Ini perlukan perubahan yang struktural, mungkin juga kita boleh lihat strategi seperti memberi insentif (kepada syarikat) untuk pastikan bahawa kali ini kita akan fokus untuk mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Isnin.
Isu ketidakpadanan pekerjaan ketika ini serius, di mana menurut Irwan Shah, setiap tahun kemasukan graduan ke dalam pasaran pekerjaan adalah sekitar 300,000 orang namun hanya 90,000 yang diambil pekerja.
Maka perlu lebih banyak pekerjaan yang padan dengan kelayakan para graduan tempatan diwujudkan, dan beliau melihat perubahan dalam sistem percukaian adalah diperlukan untuk menarik pelaburan besar dan berkualiti masuk ke negara ini.
Israr Khalid
Tue Feb 21 2023

Pekerja tempatan tidak kisah menceburi pekerjaan sukar andai upahnya bermaruah. - Gambar hiasan

Malaysia cadang wujudkan wilayah ekonomi serantau Johor-Singapura
Malaysia bercadang untuk mewujudkan wilayah ekonomi serantau antara Johor dan Singapura dalam usaha mengukuhkan potensi ekonomi negeri tersebut.

Penstrukturan semula projek LCS bakal pulih, perkukuh ekosistem maritim Malaysia - MASTRA
MASTRA turut menyarankan supaya pihak terlibat melantik ahli Lembaga Pengarah Syarikat dari kalangan mereka yang berkompetensi dan berintegriti.

Empat agensi capai skor penarafan tertinggi MyGPI tahun 2022
Empat agensi itu ialah Kementerian Kerja Raya, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Kerja Raya.

Piala FA: JDT mara ke separuh akhir dengan bergaya
JDT tidak berdepan masalah melangkah ke separuh akhir Piala FA selepas berpesta gol menewaskan Penang FC 5-0 pada aksi suku akhir.

Azizulhasni tambah koleksi emas keempat di Hong Kong
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang menikmati perlumbaan yang cemerlang di Hong Kong selepas meraih pingat emas keempatnya, malam ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 Mei 2023.

Big Stage 2023: Giliran Meer Nash ucap selamat tinggal, Waode dominasi minggu keempat
Peserta Big Stage 2023, Meer Nash harus menerima kenyataan apabila namanya diumumkan sebagai peserta yang harus meninggalkan program hiburan itu.

Polis tahan lima lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes gaduh di Tampoi
Polis menahan lima lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan yang berlaku di kawasan Tampoi, malam semalam.

Perjalanan lancar, Persimpangan Bertingkat Lapangan Terbang Sibu dibuka hari ini
Projek Persimpangan Bertingkat Lapangan Terbang Sibu, yang juga sebahagian daripada Lebuhraya Pan-Borneo telah dibuka pada 6 petang tadi.

Helikopter tentera Indonesia terhempas di Jawa Barat, lima kru terselamat
Helikopter milik tentera Indonesia dilaporkan terhempas di Bandung, Jawa Barat pada Ahad.

Percepatkan rangkaian 5G sama rata untuk semua, termasuk PPR - Mahasiswa
Tahap akses internet dan kesalinghubungan di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) ketika ini masih menggusarkan sehingga menjejaskan proses pembelajaran.

Transformasi digital hapus pekerjaan konvensional, cipta kerjaya bernilai lebih tinggi - WEF
Transformasi digital akan menghapuskan pekerjaan-pekerjaan yang bersifat konvensional, namun dalam masa yang sama akan mencipta peluang pekerjaan yang bernilai lebih tinggi.

Kerajaan Perpaduan berjaya kembalikan wajah sebenar Malaysia - AMK
Kerajaan Perpaduan yang terbentuk adalah manifestasi cita-cita bapa-bapa kemerdekaan yang sebenarnya dan telah berjaya mengembalikan wajah sebenar Malaysia.

Pembentukan Kerajaan Perpaduan, proses kematangan demokrasi yang mencabar - Pemuda UMNO
Negara sedang mencipta sejarah tersendiri dengan mengalami proses kematangan sejurus pembentukan Kerajaan Perpaduan.

Pasaran EV untuk ASEAN, sumber kekayaan baharu untuk Malaysia - CEO SIRIM
Pasaran 600 juta populasi negara-negara ASEAN boleh menjadi sumber kekayaan baharu untuk Malaysia dalam sektor kenderaan elektrik (EV).

'Pembangkang perlu berubah, jangan hanya cabar keabsahan, kritik kerajaan semata-mata'
Pembangkang harus memberi nilai tambah kepada perdebatan dalam Dewan Rakyat dengan mengangkat isu dasar dengan lebih berstruktur.

Hentikan sokongan melalui SD, tambah baik keadilan jenayah babit VIP - Undi18
Hentikan sistem sokongan berdasarkan kepada Akuan Bersumpah (SD) dan menambahbaik keadilan jenayah yang melibatkan individu berprofil tinggi.

Hanya 36 peratus pekerja terima latihan secukupnya - HRD Corp
Sebanyak 97 peratus pekerja menyatakan kemahuan untuk tambah baik kemahiran.

Kerajaan dan majikan mesti labur, teroka aplikasi AI dalam dunia pekerjaan - Perunding Sumber Manusia
Kerajaan dan majikan perlu melabur serta meneroka penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi dan perusahaan.

Kerajaan Perpaduan perlu saingi skor urus tadbir kerajaan terdahulu - IKRAM
Skor tadbir urus, ekonomi mampan dan kepimpinan kompeten dalam kaji selidik Indeks Malaysia Negara Rahmah 2022 (IMNR22) adalah berdasarkan jawapan responden sebelum Pilihan Raya Umum ke-15.