KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka menerima rangsangan ekonomi yang besar selepas China mahu meningkatkan pelaburan sebanyak RM170 bilion, kata seorang penganalisis.
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata, memandangkan Malaysia sudah mempunyai hubungan perdagangan yang sangat kukuh dengan China merangkumi aliran pelaburan dalam tenaga hijau dan ekonomi digital, pelaburan baharu ini akan mendorong penciptaan pekerjaan yang meluas membabitkan graduan yang sedang bergelut untuk mencari pekerjaan dengan gaji yang setimpal.
"Ini akan menjadi rangsangan kepada generasi akan datang dalam mengikuti perubahan global dan arah hala tuju dunia. Adalah penting bagi Malaysia untuk melakukan transformasi ini selepas bergantung kepada industri minyak dan gas serta minyak sawit selama beberapa dekad kerana ekonomi legasi itu tidak memihak kepada dunia era baharu," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Penasihat Utama Pacific Research Center of Malaysia Oh Ei Sun menyuarakan pandangan yang serupa dalam konteks penciptaan pekerjaan dengan harapan bahawa pekerjaan yang akan diwujudkan ini akan melibatkan rakyat tempatan terutamanya dalam sektor teknologi tinggi serta teknologi hijau dan lain-lain.
"Sebaliknya, untuk memastikan komitmen pelaburan ini diteruskan, kita juga perlu memudahkan proses menjalankan perniagaan di Malaysia.
"Sebagai contoh, perniagaan China boleh bergantung harap kepada pusat perkhidmatan sehenti, yang mana mereka tidak perlu pergi ke pejabat kerajaan yang berbeza untuk mendapatkan permit dan lesen.
"Selain itu, apabila China membuka dirinya untuk pelaburan, mereka memastikan infrastruktur seperti akses ke taman perindustrian, jalan raya, air dan elektrik sudah tersedia. Jadi, kita juga perlu memastikan bahawa kita mampu menyediakan fasiliti yang sama kepada mereka.
"Kita perlu memainkan peranan dalam memastikan kemudahan menjalankan perniagaan diwujudkan, sementara itu, mereka juga perlu memenuhi komitmen mereka terhadap kita," kata Oh.
Seorang lagi penganalisis, Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, memandangkan China sentiasa menjadi rakan dagang dan pelabur utama Malaysia, sudah tentu pengumuman sedemikian akan mengukuhkan kehadiran mereka dalam industri utama seperti automotif dan infrastruktur rel.
"Berikutan itu, memastikan pemindahan teknologi serta hubungan dengan firma tempatan dalam rantaian bekalan akan menjadi keperluan strategik dalam pembinaan kapasiti bagi pemain tempatan. Jadi secara keseluruhan, ia merupakan satu perkembangan positif untuk ekonomi Malaysia," katanya.
Komitmen pelaburan bernilai RM170 bilion dari China adalah yang terbesar setakat ini.
Ia datang daripada sejumlah 19 memorandum persefahaman yang dimeterai antara perniagaan di China dan Malaysia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini menunjukkan keyakinan pelabur terhadap negara ini.
"Ini amat bersejarah. Ia baik untuk Malaysia dan masa depan," katanya ketika mengumumkan berita itu pada Forum Perniagaan Malaysia-China yang diadakan di Beijing, China awal Sabtu, yang dihadiri kira-kira 1,000 pemimpin perniagaan dari kedua-dua negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 01 2023

Pelaburan baharu ini akan mendorong penciptaan pekerjaan yang meluas membabitkan graduan yang sedang bergelut untuk mencari pekerjaan. - Gambar hiasan

Pecah amanah RM24.8 juta: Reman penolong akauntan disambung tujuh hari
Reman seorang penolong akauntan sebuah agensi KKDW di Gua Musang bagi membantu siasatan kes pecah amanah melibatkan kerugian RM24.8 juta, disambung tujuh hari lagi.

PRN Terengganu: Pembahagian kerusi Pas, Bersatu diputuskan dua hari lagi
Pihak terlibat masih dalam perbincangan berhubung pembahagian itu, namun PAS Terengganu bersedia memberi laluan kepada Bersatu untuk bertanding di beberapa kerusi.

Semburan pewangi lebih tahan lama dengan cara ini, bukan sembur di bahagian tertentu sahaja
Berikut dikongsikan beberapa tip bagaimana anda boleh membuatkan bau pewangi lebih tahan lama dan mengancam!

Pelajar maut dalam kemalangan babitkan dua motosikal
Akibat kemalangan, motosikal dinaiki pelajar itu merempuh penghadang jalan di bahu kiri jalan raya sehingga menyebabkan mangsa tercampak ke bahu jalan.

Bekas ahli UMNO yang rindu PAU, sila datang - Zahid
Bekas ahli parti Melayu itu mungkin boleh menjadi pemerhati di luar dewan ketika perhimpunan tersebut berlangsung.

Penubuhan 1,878 Komuniti Madani perkasa usaha penyaluran maklumat kerajaan
Kerajaan yakin penubuhan 1,878 Komuniti Madani di seluruh negara mampu memperkasakan usaha penyaluran maklumat kerajaan kepada rakyat dengan kerjasama semua pihak di peringkat akar umbi.

Kadar inflasi Malaysia kekal sederhana pada 2023 - Rafizi
Kerajaan optimis negara mampu mencapai sasaran inflasi antara 2.8 peratus dan 3.3 peratus pada 2023.

#PE3: Tayar kereta pecah! Shaheizy Sam dapat bantuan Abang Polis Evo
Dalam perkongsian itu, Sam bernasib baik kerana mendapat bantuan daripada pasukan Polis Evo.

Family Feud Malaysia Tamil temui peminat malam ini
Family Feud Malaysia Tamil bakal membuka tirai malam ini menerusi Astro Vinmeen di saluran 202.

Peruncit diingatkan jangan sorok, letak syarat beli gula
Peruncit diingatkan supaya tidak menyorok gula dan meletakkan syarat kepada pembeli kerana tindakan tegas boleh dikenakan terhadap mereka.

Atasi isu hartanah tidak terjual, elak beban ekonomi negara - Pakar
Penganalisis hartanah berkata isu lambakan hartanah tidak terjual berlaku sejak 2016, merentasi pelbagai kategori hartanah.

MITI peroleh potensi pelaburan bernilai RM23 bilion dan eksport RM2.1 bilion ke Jepun
MITI memperoleh potensi pelaburan bernilai RM23.07 bilion dan potensi eksport produk dan perkhidmatan ke Jepun bernilai RM2.1 bilion susulan TIM ke Tokyo dan Osaka yang baru sahaja berakhir.

RCEP dikuat kuasa secara menyeluruh babitkan semua 15 ahli
Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dikuat kuasa secara rasmi di Filipina pada Jumaat, menandakan kesemua 15 anggota meratifikasi perjanjian berkenaan, lapor Xinhua.

Iskandar Investment catat nilai pelaburan AS$6.8 bilion sejak 2006 - Onn Hafiz
Iskandar Investment Bhd (IIB) mencatatkan nilai pelaburan berjumlah AS$6.8 bilion sejak penubuhannya pada 2006 sehingga tahun lepas, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Johor catat RM10.6 bilion pelaburan diluluskan bagi suku pertama 2023
Pencapaian itu amat membanggakan seluruh Bangsa Johor dengan peningkatan tiga kali ganda berbanding suku pertama tahun lepas berjumlah RM3.2 bilion bagi jumlah pelaburan yang diluluskan.

Negeri Sembilan perlu perluas sektor pertanian, penternakan moden untuk rancakkan ekonomi - Rafizi
Kerajaan Negeri Sembilan digesa memperluaskan sektor pertanian dan penternakan modennya bagi merancakkan lagi ekonomi negeri sekali gus membuka lebih banyak peluang pekerjaan.

Malaysia antara negara terbaik bagi industri EV - EVAM
Malaysia antara negara terbaik bagi industri kenderaan elektrik kerana mempunyai kepakaran yang sesuai untuk pelaburan dan eksport.

MITI saran rakan IPEF bangunkan integrasi vertikal rantaian bekalan
MITI menyarankan rakan IPEF berusaha ke arah integrasi vertikal rantaian bekalan bagi pertumbuhan holistik dan progresif untuk semua.

MIDA sasar pelaburan RM134 juta bagi industri aeroangkasa menjelang akhir 2023
Potensi pelaburan bagi projek-projek ini dianggarkan kira-kira RM900 juta dalam tempoh tiga tahun hingga lima tahun akan datang.

Kerajaan komited permudahkan aktiviti perniagaan, sokong pelaburan domestik - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan komited untuk meningkatkan dan mempermudahkan lagi aktiviti perniagaan dalam negara dan menyokong pelaburan langsung domestik.