awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelaburan tak wujud: Pekebun sayur di Cameron Highlands rugi lebih RM100,000

Bernama
Bernama
03/09/2023
08:09 MYT
Pelaburan tak wujud: Pekebun sayur di Cameron Highlands rugi lebih RM100,000
Lelaki berusia 34 tahun itu mendakwa menyertai pelaburan berkenaan menerusi pautan aplikasi WeChat pada Rabu lepas. - Gambar hiasan
KUANTAN: Hasrat mendapatkan keuntungan segera membawa padah kepada seorang pekebun sayur di Cameron Highlands apabila kerugian RM108,344 selepas skim pelaburan saham disertainya tidak wujud.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata lelaki berusia 34 tahun itu mendakwa menyertai pelaburan berkenaan menerusi pautan aplikasi WeChat pada Rabu lepas.
"Pelaburan itu hanya memerlukan mangsa untuk membeli 'point' (mata) bagi mendapatkan keuntungan, menyebabkan dia tertarik dan terus menyertainya kerana dijanjikan pulangan lumayan.
"Mangsa akhirnya membuat tujuh transaksi pembayaran melalui pemindahan wang simpanan secara dalam talian ke empat akaun diberikan suspek," katanya dalam kenyataan hari ini.
Yahaya berkata mangsa hanya sedar ditipu selepas tidak menerima keuntungan walaupun telah melabur dalam jumlah besar, menyebabkan dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands semalam.
Beliau sehubungan itu menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan secara mudah, selain membuat semakan nombor akaun yang diterima menerusi pautan media sosial bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelaburan tidak wujud
#pekebun sayur
#Cameron Highlands
#mangsa scam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan