SEREMBAN: Seorang penceramah bebas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas empat pertuduhan pelaburan tidak wujud berjumlah RM187,000 sejak 2019 hingga 2021 yang lepas.
Tertuduh, Muzzamil Soliheen Musa, 45, membuat pengakuan itu sebaik kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norshila Kamaruddin.
Berdasarkan kesemua pertuduhan, tertuduh didakwa telah bersetuju menerima deposit antara RM10,000 dan RM100,000 secara berasingan daripada empat lelaki berbeza berusia 45 hingga 49 tahun sebagai satu pelaburan yang mana tertuduh tidak mempunyai satu lesen yang sah.
Perbuatan itu didakwa dilakukan antara 30 Ogos 2019 dan 7 September 2021 di empat lokasi iaitu di tiga buah kedai makan sekitar Mantin dan Bandar Baru Nilai serta satu lagi di Taman Seri Rambai, Labu di sini.
Sehubungan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 137(1)Akta Perkhidmatan Kewangan 2013(Akta 758) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 137 (2) akta yang sama.
Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara tidak melebihi 10 tahun atau denda maksimum RM50 juta atau kedua-duanya.
Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Zulfikri Mohd Nasir menawarkan jaminan berjumlah RM550,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin.
Tertuduh yang diwakili peguam Mohamed Musthafa memohon mahkamah mengenakan jaminan yang rendah dan akan dijamin oleh isterinya.
Sementara itu, isteri tertuduh yang hadir ketika prosiding dalam rayuannya memaklumkan hanya mampu menjamin sebanyak RM5,000 bagi kesemua pertuduhan atas alasan mereka mempunyai dua anak yang masih bersekolah serta suaminya menghidap penyakit kronik.
Bagaimanapun, hakim menegaskan jumlah jaminan itu tidak munasabah dan mengambil kira kerugian bagi semua pertuduhan hampir RM200,000.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM40,000 bagi kesemua pertuduhan dengan syarat tambahan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis berhampiran kediamannya di Labu sebulan sekali.
Kes disebut semula pada 16 Januari tahun hadapan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Nov 23 2022

Muzzamil (kanan) ketika tiba di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini. - Foto Sinar Harian

BNM teliti perubahan dinamik dalam inflasi untuk kestabilan harga
Bank Negara Malaysia (BNM) sedang meneliti perubahan dinamik dalam inflasi untuk mempertimbangkan tahap kestabilan harga yang sesuai yang akan terus menyokong pertumbuhan mampan pada masa hadapan.

Ramadan: Segelintir individu ambil kesempatan mengemis, minta sedekah
Tindakan tegas akan diambil jika terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan dengan mengemis dan meminta sedekah.

Sukan SEA: Laluan lebih landai bukan jaminan skuad berbasikal lebuh raya raih emas
Laluan lebih landai bagi acara berbasikal lebuh raya di Sukan SEA, bukan jaminan buat skuad berbasikal negara mudah meraih pingat emas pada temasya dwitahunan itu yang akan berlangsung Mei ini.

Liga Super: Safee kecewa penyerang tempatan kurang bermain
Bekas penyerang kebangsaan Safee Sali hampa apabila penyerang tempatan kurang mendapat minit permainan dalam saingan Liga Super 2023 setakat ini.

Shahmalarani tekad pertahan emas di Kemboja
Pingat perak yang diraih di SEAKF ke-10 tidak melunturkan semangat C. Shahmalarani untuk mempertahankan pingat emas dimenanginya di Sukan SEA, Kemboja pada Mei ini.

Ujian tekanan buktikan institusi kewangan berdaya tahan walaupun di bawah simulasi kejutan teruk
BNM berkata keputusan ujian tekanan terus mengesahkan daya tahan institusi kewangan walaupun di bawah simulasi kejutan yang teruk.

CBP rasmi outlet Ar Rahnu pertama di Gombak
Co-opbank Pertama (CBP) merasmikan outlet Ar Rahnunya yang pertama di KL Traders Square, Kuala Lumpur.

Wanita Malaysia jana lebih RM176 juta pada 2022 sebagai hos - Airbnb
Airbnb berkata wanita Malaysia secara kolektif memperoleh lebih RM176 juta pada 2022 dengan membenarkan hartanah mereka dibuka kepada tetamu sebagai rumah inap dan merasai pengalaman jangka pendek.

WHO cadang masuk ubat obesiti sebagai ubatan penting
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan ubat obesiti dimasukkan dalam senarai ubat-ubatan penting yang bakal digunakan sebagai panduan pembelian bagi negara berpendapatan rendah dan sederhana.

PBB laksana undian bawa isu iklim ke mahkamah dunia
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaksanakan proses undian bagi menentukan keputusan untuk membawa isu perubahan iklim ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi menentukan kewajipan yang seharusnya dilaksanakan oleh setiap negara dalam memerangi perubahan iklim.

Pelaburan tidak wujud: Penceramah bebas mengaku tidak bersalah
Perbuatan itu didakwa dilakukan antara 30 Ogos 2019 dan 7 September 2021 di empat lokasi.

Wanita 23 tahun ditahan penipuan pelaburan babit kerugian RM1.2 juta
Hasil semakan polis mendapati terdapat 33 laporan telah dibuat membabitkan suspek sehingga 25 Ogos lalu.

DDNK dakwa 'scammer' salah guna nama, tagline
Jumlah kerugian yang dialami setiap mangsa penipuan yang menggunakan nama DDNK dianggarkan antara RM20,000 hingga RM100,000.

Tiga lelaki didakwa sembunyi wang pelaburan RM2.8 juta
Tiga lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuantan hari ini, atas dakwaan menyembunyikan duit orang lain menerusi syarikat pelaburan tidak wujud berjumlah RM2.8 juta.

Raja Muda Perlis nasihat rakyat waspada taktik sindiket penipuan
Antaranya seperti penipuan pelaburan tidak wujud, penyamaran menerusi panggilan telefon, penipuan pembelian secara dalam talian, penipuan tawaran kerja dan penipuan pinjaman.

Suri rumah rugi RM45,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah kehilangan semua wang simpanannya berjumlah RM45,000 akibat diperdaya pelaburan bitcoin tidak wujud.

Rugi RM44,925 diperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa berusia 58 tahun itu berminat untuk menyertainya selepas tertarik dengan keuntungan sehingga RM7,800 dalam tempoh 24 jam dengan modal serendah RM350 (pakej silver).

Hampir setahun ditipu pelaburan tak wujud
Seorang bekas pengawal keselamatan diperdayakan selama hampir setahun sehingga kerugian RM17,950 dalam pelaburan yang tidak wujud.