awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ramalan awal banjir: Beberapa jajahan di Kelantan dijangka terkesan mulai hari ini
TikTok Shop bantu jenama tempatan tembusi pasaran menerusi inisiatif All-Star LIVE
Polis tumpas sindiket antarabangsa Asia Timur, rampas dadah RM1.04 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar antarabangsa tingkatkan permintaan dalam pasaran kediaman - Juwai IQI

Bernama
Bernama
14/05/2024
09:31 MYT
Pelajar antarabangsa tingkatkan permintaan dalam pasaran kediaman - Juwai IQI
Pelajar antarabangsa meningkatkan permintaan untuk hartanah sewa di bandar yang mempunyai institusi pendidikan yang besar terutamanya Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru. - Gambar hiasan/Freeimages
KUALA LUMPUR: Pelajar antarabangsa di Malaysia memainkan peranan dalam pasaran hartanah kediaman terutamanya dalam pasaran sewaan di kawasan berhampiran universiti dan hab pendidikan.
Data yang dikeluarkan oleh syarikat teknologi hartanah terbesar, IQI berkata Malaysia akan menjadi destinasi utama pengajian antarabangsa menjelang 2035 berdasarkan trend saiz populasi pelajar global dan jumlah pelajar yang datang ke Malaysia.
Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata pelajar antarabangsa meningkatkan permintaan untuk hartanah sewa di bandar yang mempunyai institusi pendidikan yang besar terutamanya Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.
Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI, Kashif Ansari berkata selepas pandemik, Malaysia semakin menjadi pilihan pelajar dari peringkat sekolah menengah dan institusi pengajian.
"Sebagai contoh, data menunjukkan Malaysia menjadi tuan rumah kepada kira-kira 125,000 pelajar antarabangsa secara tahunan. Kira-kira 70 peratus daripada pelajar ini berada di institusi pengajian tinggi swasta, selebihnya menuntut di universiti awam dan sekolah menengah," katanya.
Menurut Kementerian Pendidikan, pelajar antarabangsa lebih memberi nilai tambah kepada ekonomi Malaysia berbanding pelancong.
Apabila Malaysia mencapai sasaran 250,000 pelajar antarabangsa setiap tahun, ia merupakan tambahan RM16 bilion setiap tahun untuk ekonomi Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelajar antarabangsa
#pasaran hartanah
#sewa
#institusi pendidikan
#IQI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan