awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar bukan Islam didakwa diminta makan dalam bilik persalinan

Astro Awani
Astro Awani
23/07/2013
07:36 MYT
Pelajar bukan Islam didakwa diminta makan dalam bilik persalinan
Sebuah sekolah di Sungai Buloh telah didakwa mengarahkan semua pelajarnya yang bukan Islam makan dan minum di bilik persalinan pada waktu rehat.
Dakwaan itu timbul setelah gambar insiden tersebut disebarkan menerusi laman media sosial, Facebook oleh salah seorang ibu bapa pelajar sekolah tersebut.
Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan dalam responnya menegaskan insiden tersebut tidak sepatutnya berlaku.
Katanya pihak sekolah tidak boleh menukar lokasi makan para pelajar dengan sesuka hati walaupun di bulan puasa.
"Perkara itu tak seharusnya berlaku kerana ini bukan cara pengamalan kantin. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya tukar lokasi kawasan kantin kepada tempat yang tidak seharusnya jadi kantin kerana kantin ini dah dibina dalam tempat sesuai, maknanya ada cukup keperluan untuk diwujudkan kantin,” katanya.
Susulan insiden yang berlaku, pihak kementerian akan mengarahkan Jabatan Pelajaran Negeri untuk menyiasat kejadian.
Beliau juga meminta agar ibu bapa pelajar yang membuat laporan supaya bersabar sehingga laporan lengkap insiden diterima.
Topic Berkaitan
#bilik persalinan
#sekolah
#Sungai Buloh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan