awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar ditemui tidak sedarkan diri dengan kesan lebam dan birat - Polis

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
06/12/2017
15:59 MYT
Pelajar ditemui tidak sedarkan diri dengan kesan lebam dan birat - Polis
Sebuah video tular di media sosial berhubung kejadian seorang pelajar di sebuah sekolah di Tangkak, Johor didakwa dipukul oleh bapa saudaranya kerana disyaki mencuri wang milik datuknya.
Polis sedang menyiasat punca kematian seorang pelajar lelaki tingkatan empat selepas ditemui tidak sedarkan diri di hentian bas di Ayer Keroh, Melaka, Isnin lalu.
Remaja berkenaan disahkan meninggal dunia selepas dikejarkan ke Hospital Melaka.
Sebelum ini, sebuah video tular di media sosial berhubung kejadian seorang pelajar di sebuah sekolah di Tangkak, Johor didakwa dipukul oleh bapa saudaranya kerana disyaki mencuri wang milik datuknya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kematian pelajar berkenaan bagi mengenal pasti motif kejadian.
"Pemeriksaan oleh pegawai perubatan mengesan kesan lebam dan birat di beberapa bahagian badan dan tangan mangsa.
"Ketika ditemui, mangsa lengkap berpakaian tetapi tiada pengenalan diri ditemui padanya," katanya.
Menurutnya, kaitan video yang tular itu dengan kematian pelajar berkenaan juga dalam siasatan polis.
"Kami juga meminta kerjasama perakam video berkenaan untuk tampil bagi membantu polis dalam siasatan kes berkenaan," katanya lagi.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai diminta supaya berhenti daripada menularkan video berkenaan kerana ia masih dalam siasatan polis.
Pada Isnin lalu, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dihantar ke Hospital Melaka oleh dua orang awam untuk menerima rawatan kira-kira 9.45 malam.
Kedua-dua individu itu mendakwa menemui remaja malang itu dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah perhentian bas, sebelum membawanya ke hospital.
Topic Berkaitan
#bas
#birat
#Hospital
#jenayah
#lebam
#lelaki
#mangsa
#Media
#media sosial
#meninggal dunia
#pelajar
#perubatan
#polis
#pukul
#remaja
#sekolah
#siasatan
#Tular
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan