awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anugerah MAM 2025: Hafizh Syahrin dinobat Pelumba Antarabangsa Terbaik
Lubnan dakwa Israel guna racun rumpai di selatan negara itu
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar 'Gadis Pailang' diperintah jalani pemulihan di Sekolah Tunas Bakti

Bernama
Bernama
11/07/2014
07:20 MYT
Pelajar 'Gadis Pailang' diperintah jalani pemulihan di Sekolah Tunas Bakti
Tindakan pelajar 'Gadis Pailang' itu menyebabkan kecederaan pada seorang lagi pelajar perempuan tingkatan tiga. -BERNAMA Photo
Tiga pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di sini terpaksa melupakan hasrat untuk berhari raya bersama keluarga apabila Mahkamah Majistret di sini memerintahkan mereka menjalani pemulihan di tiga Sekolah Tunas Bakti berasingan selama dua tahun berkuatkuasa hari ini.
Majistret Zulhairil Sulaiman memerintahkan ketiga-tiga tertuduh berusia 16 tahun itu dihantar ke Sekolah Tunas Bakti di Terengganu, Melaka dan Miri.
Ketiga-tiga tertuduh diarah ditempatkan sementara di Taman Seri Puteri Kuching sebelum dihantar ke Sekolah Tunas Bakti.
Zulhairil mengeluarkan perintah itu di dalam kamarnya, selepas mereka mengaku bersalah pada 23 Jun lepas menyebabkan kecederaan dengan sengaja ke atas seorang pelajar perempuan tingkatan tiga sekolah yang sama pada 9.40 pagi, 25 April lepas.
Tindakan mereka membelasah mangsa dimuat naik di YouTube.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nornisla Abd Latif, manakala ketiga-tiga pelajar berkenaan tidak diwakili peguam.
Topic Berkaitan
#Mahkamah Majistret
#pailang
#pelajar
#pemulihan
#perempuan
#Sekolah Tunas Bakti
#Zulhairil Sulaiman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan