awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar gagal menerima tawaran IPTA boleh memohon ke UiTM

Astro Awani
Astro Awani
12/08/2013
01:00 MYT
Pelajar gagal menerima tawaran IPTA boleh memohon ke UiTM
Pelajar lepasan program matrikulasi, asasi dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang tidak diterima masuk ke mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam kini boleh memohon mengikuti program diploma di Universiti Teknologi mara (UiTM).
Mereka boleh merayu dengan menghantar surat rayuan secara terus kepada naib canselornya, Prof Tan Sri Dr Sahol Hamid Abu Bakar dengan menyertakan keputusan peperiksaan yang diperolehi.
Tawaran berkenaan membolehkan pelajar yang tidak bernasib baik mengikuti program diploma di mana-mana kampus UiTM di seluruh negara dengan kelonggaran syarat.
Pelajar dengan kelulusan purata nilai gred keseluruhan (CGPA) 2.0 ke atas akan diberi pertimbangan untuk pengecualian beberapa mata pelajaran atau pengurangan beberapa kredit.
Bagi pelajar lepasan STPM pula, mereka boleh membuat rayuan jika mendapatkelulusan kredit bagi lima mata pelajaran dalam peperiksaan sijil pelajaran malaysia (SPM) dan mendapat CGPA tidak kurang 2.0.
Mereka yang terpilih juga layak untuk memohon bantuan pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.
Selain itu pelajar yang kurang cemerlang pula boleh memasuki mana-mana 22 buah kolej bersekutu UiTM di seluruh negara dengan syarat mendapat keputusan minimum lima kredit termasuk dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik.
Topic Berkaitan
#Dr Sahol Hamid Abu Bakar
#matrikulasi
#STPM
#UiTM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan