DREBAR
Pelajar IACT tunjukkan kemampuan


Pertandingan yang diadakan untuk kali ke-4 ini adalah suatu inisiatif Shell Malaysia yang mencabar penuntut daripada pusat pengajian tinggi swasta dan awam untuk merancang dan seterusnya menjalankan kempen komunikasi dan pemasaran bersepadu. Kempen ini harus bertujuan bagi mempromosi dan mendidik pemandu daripada Gen Y negara ini mengenai sikap pemanduan bijak serta penjimatan bahan api.
Dengan itu, mereka yang terlibat dapat merasai keadaan bekerja sebenar di dalam industri komunikasi dan pemasaran; sekaligus mendapat pengalaman berharga berkaitan proses menghasilkan konsep sebelum menjalankan kempen dari awal sehingga tamat.
Institusi yang terlibat adalah Universiti Monash, Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman, HELP University, Universiti UCSI, Universiti Sunway, Kolej IACT, Universiti Taylor’s, Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Teknologi MARA.
Tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh Universiti Taylor’s dan Universiti Putra Malaysia, masing-masing mendapat wang tunai RM8,000 dan RM5,000 beserta piala.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami