GADGETS
Perplexity AI bida Google Chrome pada $34.5 bilion

Perplexity membida $34.5 bilion untuk mengambil alih Google Chrome, melebihi nilai syarikatnya sendiri sekitar $14 bilion.
PERPLEXITY, salah satu firma memfokuskan pembangunan kecerdasan buatan, hari ini membuat kejutan dengan membida untuk mengambil alih pelayar web Google Chrome pada nilai $34.5 bilion.
Ringkasan AI
- Perplexity membida $34.5 bilion untuk mengambil alih Google Chrome, melebihi nilai syarikatnya sendiri sekitar $14 bilion.
- Google berdepan tekanan antitrust di AS yang mungkin memaksa pemecahan syarikat, termasuk penjualan bahagian Chrome.
- Beberapa syarikat lain seperti OpenAI dan Yahoo turut berminat memiliki Chrome, sejajar dengan kepentingan pelayar web dalam pembangunan agen AI.
Keputusan akhir untuknya dinantikan, dan semestinya pihak Google sendiri akan melawan sebarang keputusan yang tidak memihak kepada mereka.
Google Chrome kini menjadi salah satu pelayar web yang digunakan ramai di seluruh dunia. Sebelum ini, bahagian Google Chrome sendiri dianggarkan bernilai lebih $50 bilion.
Beberapa pihak sedia menyatakan hasrat untuk mendapatkan pelayar web popular berkenaan, termasuk OpenAI dan Yahoo.
Dengan perkembangan arena kecerdasan buatan, kini ramai melihat untuk menguasai arena pelayar web, membolehkan pelbagai agen kecerdasan buatan dijalankan dengan mudah dan melaksanakan sejumlah tugasan.
Perplexity sendiri sedia mempunyai pelayar web mereka yang ditawarkan kepada pelanggan berbayar, dinamakan Comet.
Buat masa ini, tidak diketahui sama ada Perplexity akan mempunyai kekuatan dana dan sokongan dalam mengambil alih Google Chrome atau sebaliknya.
Firma memfokuskan kecerdasan buatan ini sebelum ini turut pernah cuba untuk membida mendapatkan TikTok di Amerika Syarikat. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami