KUALA TERENGGANU: Mahu berehat bagi melepaskan penat selepas seharian bersiar-siar di sekitar bandar Kuala Terengganu.
Itu alasan diberikan sepasang kekasih yang merupakan pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) selepas mereka ditahan dalam operasi pencegahan maksiat sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2023 di sebuah hotel di bandar raya ini pada Jumaat lalu.
Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Khairul Azizi Idris berkata, selain dua individu itu, pihaknya turut menahan satu lagi pasangan di bilik berasingan hotel sama.
Menurutnya, pelajar IPTS tersebut berasal dari Terengganu manakala satu lagi pasangan adalah orang luar yang datang bercuti ke negeri ini.
Khairul Azizi berkata, operasi dijalankan oleh 25 anggota Bahagian Penguatkuasaan Syariah JHEAT dan Unit Penguatkuasa Syariah Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu di hotel dan kawasan sekitar daerah ini bermula jam 12.30 malam.
Katanya, empat individu tersebut kemudian ditahan di bawah Seksyen 31, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) 2001 Terengganu kerana berkhalwat.
Jelas beliau, jika sabit kesalahan pesalah boleh dikenakan hukuman denda maksimum sebanyak RM3,000 atau penjara tidak lebih dari dua tahun atau kedua-duanya sekali.
"Lelaki dan wanita yang berada bersama seorang atau lebih dari seorang berlainan jantina yang bukan mahram di tempat terlindung, dalam rumah atau bilik dalam keadaan boleh menimbulkan syak adalah satu kesalahan.
"Oleh itu, operasi sebegini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi mengekang gejala maksiat dan aktiviti tidak bermoral dalam kalangan masyarakat negeri ini," katanya.- Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jan 25 2023

Penguatkuasa JHEAT memeriksa individu dalam operasi yang dijalankan sekitar Kuala Terengganu pada Jumaat lalu.- Sinar Harian

Polis minta waris, saksi buat laporan nahas di Rawang Bypass
Kejadian dipercayai berlaku melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Axia dipandu seorang wanita tempatan berusia 33 tahun.

Rumah pusaka dijadikan Rumah Ngaji
Rumah Ngaji yang ke-50 di Pulau Pinang itu dikenali sebagai Rumah Ngaji Abu Bakar dikendalikan oleh Yayasan Mawar Pulau Pinang.

Kami tawarkan bahtera penyelamat - Pemuda Pas
Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari menerusi hantaran di Facebooknya berkata, pihaknya menawarkan bahtera penyelamat kepada mereka.

Masters Indonesia: Pearly-Thinaah kandas di separuh akhir
Pasangan beregu wanita utama negara dikecewakan di separuh akhir buat kali kedua berturut-turut apabila tewas kepada Fukushima-Hirota.

Kerajaan akan naik taraf kemudahan PPS untuk mangsa banjir
Kebanyakan PPS sedia ada menggunakan dewan orang ramai dan sekolah yang masing-masing mempunyai kekangan tersendiri.

Malaysia kecam sekeras-kerasnya serangan bersenjata di Kedutaan Azerbaijan, Tehran
Malaysia mengulangi pendirian menolak semua bentuk keganasan dan menyeru agar pelaku serangan kejam dibawa ke muka pengadilan.

Kerajaan laksana pelbagai usaha mudah cara majikan dapatkan pekerja asing
Majikan atau pekerja asing dinasihati agar tidak terlibat dengan sindiket atau aktiviti pemalsuan dokumen bekerja.

Penganjur perlu timbangkan lokasi sesuai untuk anjurkan konsert - Fahmi
Sementara kerajaan tidak akan terlibat dalam aspek berkenaan, tetapi ia mengambil maklum rungutan daripada pembeli tiket konsert.

JPJ N.Sembilan rekod 2,337 kesalahan sepanjang Ops TBC 2023
Antara kesalahan terbabit adalah tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh dan gagal mematuhi lampu isyarat merah.

Isu UMNO buka peluang kepada PN depani PRN - Azmin
Perikatan Nasional (PN) tidak menolak kemungkinan isu yang sedang didepani UMNO ketika ini membuka lebih peluang buat gabungan itu untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri nanti.

Pelajar tahfiz ditemukan lemas
Mangsa dikatakan tergelincir ketika mahu mengambil bola yang terjatuh ke dalam tasik.

8 pelajar mati lemas selepas bot karam di Ghana
Lapan pelajar sekolah di Wilayah Timur Bono Ghana mati lemas pada Selasa selepas bot yang membawa mereka ke sekolah terbalik di Tasik Volta, menurut pegawai.

Pelajar IPT beri alasan mahu berehat ketika ditangkap khalwat
Mahu berehat selepas seharian bersiar-siar di sekitar bandar Kuala Terengganu, itu alasan diberikan sepasang kekasih yang merupakan pelajar IPTS selepas mereka ditahan dalam operasi cegah maksiat.

Polis tahan lelaki Palestin intai rumah pelajar wanita di Cyberjaya
Polis menahan seorang pelajar lelaki warga Palestin yang dipercayai mengintai sebuah rumah didiami pelajar wanita warga tempatan di Mutiara Ville di Cyberjaya.

Dua pelajar maut, guru cedera kejadian tembakan di sekolah
Polis berjaya mengesan suspek yang cuba melarikan diri menggunakan sebuah kereta dan mengesahkan tiga individu telah ditahan.

Dua pelajar sekolah maut motosikal bertembung kereta
Dua pelajar perempuan berusia 17 tahun maut selepas motosikal mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Sungai Rusa, Sungai Pinang, malam tadi.

Pelajar UPM hilang ditemui di Larkin Sentral
Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) Mohd Irfan Hakimi Azhar yang hilang sejak Jumaat lepas, ditemukan di Terminal Bas Larkin Sentral di sini semalam.

Pelajar UPM hilang dikesan berada di Johor
ACP Anbalagan berkata, pelajar berkenaan dikesan berada di negeri Johor berdasarkan rekod transaksi kad debit miliknya.

Fadhlina beri jaminan pelajar OKU, guru pendidikan khas diberi perhatian
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek memberi jaminan untuk memastikan pelajar orang kurang upaya (OKU) dan guru pendidikan khas diberi perhatian sewajarnya oleh Kementerian Pendidikan (KPM).

Pelajar UPM dipercayai hilang sejak Jumaat lalu
Seorang pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu.