awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pencapaian Aaron-Wooi Yik muncul naib juara bukti kecekalan, disiplin tinggi - TPM Ahmad Zahid
Aaron-Wooi Yik buktikan mereka atlet berkelas dunia - Taufiq
Kesedaran premis makanan miliki sijil BeSS masih rendah di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar IPT dituduh bunuh bayi baru lahir

Bernama
Bernama
19/09/2017
05:03 MYT
Pelajar IPT dituduh bunuh bayi baru lahir
Nur Azian Khalid, 22, didakwa melakukan perbuatan itu di tandas lelaki stesyen minyak Shell Jalan Kaki Bukit, Kangar pada 1 Sept lepas sekitar 6.35 pagi. - Gambar hiasan
Seorang pelajar institusi pendidikan tinggi didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang bayi perempuan yang baru dilahirkannya pada awal bulan ini.
Nur Azian Khalid, 22, didakwa melakukan perbuatan itu di tandas lelaki stesyen minyak Shell Jalan Kaki Bukit, Kangar pada 1 Sept lepas sekitar 6.35 pagi.
Tertuduh yang belajar di Pulau Pinang pulang untuk bercuti sempena Aidiladha di rumah datuknya di Kaki Bukit dan dipercayai melahirkan seorang bayi perempuan di stesyen minyak tersebut.
Dia dituduh menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Majistret Mohd Azhar Hamzah menetapkan 14 Dis ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia dan bedah siasat.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Nisla Abd Latif manakala tertuduh diwakili peguam Syed Muhammad Anwar Syed Lokman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bayi perempuan
#bunuh
#Mahkamah Majistret
#Nur Azian Khalid
#pelajar IPT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan