Kesedaran premis makanan miliki sijil BeSS masih rendah di Kelantan

Dr Mohd Azman berkata pihaknya akan terus mempromosikan pengiktirafan BeSS kerana ia bukan sahaja memberi manfaat kepada pengguna, malah meningkatkan imej dan kepercayaan terhadap premis makanan. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Kesedaran pemilik premis makanan di Kelantan untuk memperoleh pengiktirafan Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS) masih rendah walaupun pensijilan itu diberikan secara percuma oleh kerajaan.
Ringkasan AI
- Kesedaran pemilik premis makanan di Kelantan untuk peroleh pengiktirafan BeSS masih rendah; hanya 235 premis daripada lebih 5,000 yang memilikinya setakat ini.
- Pengusaha lebih memberi tumpuan kepada rasa dan jualan, berbanding komitmen terhadap kebersihan dan keselamatan yang dituntut oleh BeSS.
- Tahap kesedaran pengguna turut lemah, memilih premis berdasarkan rasa makanan tanpa mengambil kira pensijilan atau standard kebersihan.
"Tahap kesedaran pengguna juga masih lemah apabila mereka cenderung memilih premis berdasarkan cita rasa makanan tanpa mengambil kira pensijilan atau standard kebersihan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sijil Pengesahan Halal Malaysia di sini semalam.
Beliau berkata pihaknya akan terus mempromosikan pengiktirafan BeSS kerana ia bukan sahaja memberi manfaat kepada pengguna, malah meningkatkan imej dan kepercayaan terhadap premis makanan.
Dalam pada itu, Dr Mohd Azman turut menyarankan pengusaha katering supaya memperoleh sijil Trust MyCatering yang diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memastikan keselamatan makanan serta pematuhan standard kebersihan, khususnya bagi penyediaan makanan berskala besar.
"Setakat ini, hanya 58 penyedia makanan di Kelantan memiliki sijil Trust MyCatering, dan diharapkan lebih ramai pengusaha memohon kerana ia juga percuma serta sah selama tiga tahun sebelum pembaharuan," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


