awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada kompromi kes buli di sekolah, KPM perkenal Polisi Perlindungan Kanak-Kanak
252 sekolah di Perak kurang murid - Pengarah Pendidikan Negeri
DeepSeek lancar model AI V4 Februari ini, fokus pengaturcaraan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar lelaki meninggal akibat kencing tikus di Kedah

Bernama
Bernama
03/04/2016
08:29 MYT
Pelajar lelaki meninggal akibat kencing tikus di Kedah
Mangsa telah mandi di tempat perkelahan pada 8, 10 dan 20 Mac bersama tiga lagi rakannya, namun rakan-rakannya tidak mengalami sebarang gejala. - Gambar hiasan
Seorang pelajar lelaki dari Politeknik Kulim berusia 18 tahun meninggal dunia Jumaat lalu disyaki akibat jangkitan leptospirosis atau penyakit kencing tikus.
Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail berkata remaja itu mengalami simptom demam, sakit kepala dan lenguh badan pada 26 Mac lalu dan telah dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Kulim pada 31 Mac pukul 5.15 pagi.
"Pelajar terbabit terus dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) berikutan masih demam, sakit perut dan mengalami muntah. Rawatan rapi telah diberikan kepada pesakit namun telah disahkan meninggal dunia pada 1 April pukul 5 petang.
"Doktor telah mengesahkan pelajar terbabit meninggal dunia akibat pendarahan paru-paru disyaki disebabkan oleh komplikasi daripada jangkitan kencing tikus," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, pemeriksaan awal terhadap pelajar terbabit menunjukkan gejala dan tanda jangkitan leptospirosis dan pihak hospital telah menghantar sampel darah untuk ujian ke makmal Institut Penyelidikan Perubatan Kuala Lumpur.
Dr Norhizan berkata hasil siasatan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kulim mendapati mangsa telah mandi di tempat perkelahan Lata Sedim pada 8, 10 dan 20 Mac bersama tiga lagi rakannya, namun rakan-rakannya tidak mengalami sebarang gejala.
Tambahnya, PKD Kulim telah menjalankan pemeriksaan di kawasan perkelahan tersebut dan mendapati kawasan persekitaran di situ tidak memuaskan dan kerja-kerja pembersihan akan dijalankan pada 7 April ini melibatkan Jabatan Perhutanan, PKD Kulim dan beberapa agensi lain.
Dr Norhizan berkata pengunjung ke pusat rekreasi dinasihat agar menjaga kebersihan persekitaran bagi mengelakkan kehadiran perumah haiwan khususnya tikus yang meningkatkan risiko pencemaran dengan bakteria berkenaan.
"Pengunjung perlu elak daripada mandi di kawasan reakreasi sekiranya terdapat luka pada anggota badan selain membawa bekalan air sendiri dan tidak menggunakan air takungan sebagai air minuman.
"Orang ramai dinasihatkan supaya segera mendapatkan rawatan jika mendapat gejala demam, sakit kepala, sakit otot, loya atau muntah, dalam tempoh dua minggu dari tempoh mengunjungi tempat-tempat rekreasi (seperti kawasan air terjun, air sungai, tasik, kolam).
Topic Berkaitan
#berkelah
#kencing tikus
#Lata Sedim
#leptospirosis
#pelajar lelaki meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan