awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tabika, Taska Perpaduan terima peruntukan RM55.5 juta tahun 2026 - Aaron
Anthropic lancar Claude for Healthcare, fokus privasi data kesihatan
Tampil sugul di mahkamah, Kamal Adli sukar ulas nasib perkahwinan dengan Uqasha Senrose: “Kalau tiada jodoh, Wallahu’alam”
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada kompromi kes buli di sekolah, KPM perkenal Polisi Perlindungan Kanak-Kanak

Faida Rahim
Faida Rahim
12/01/2026
03:50 MYT
Tiada kompromi kes buli di sekolah, KPM perkenal Polisi Perlindungan Kanak-Kanak
Kementerian Pendidikan menegaskan komitmen untuk memastikan tiada kes buli di sekolah bagi tahun 2026, dengan pelaksanaan langkah perlindungan menyeluruh yang melibatkan semua pihak di institusi pendidikan.- Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
SHAH ALAM: Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan komitmen untuk memastikan tiada kes buli di sekolah bagi tahun 2026, dengan pelaksanaan langkah perlindungan menyeluruh yang melibatkan semua pihak di institusi pendidikan.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, ketegasan itu telah disampaikan dalam amanat tahun baharunya, menekankan bahawa isu keselamatan murid tidak boleh dipandang ringan dan memerlukan kerjasama semua pihak.
“Saya dah tegaskan dalam amanat tahun baru saya, kita tidak kompromi soal ini dan tanggungjawab itu mesti dipikul bersama untuk memastikan sekolah sejahtera dan anak-anak kita terpelihara,” katanya.
Menurut beliau, sebagai langkah utama, Child Protection Policy (CPP) atau Polisi Perlindungan Kanak-Kanak akan diperkenalkan dan ditandatangani oleh semua pihak berkepentingan di sekolah dalam masa terdekat.
“Dalam konteks tahun ini, semua pihak akan menandatangani Child Protection Policy di sekolah iaitu polisi perlindungan anak-anak yang melibatkan semua pemegang taruh dengan aku janji untuk menjaga, memelihara dan melindungi anak-anak kita,” katanya.
Fadhlina berkata demikian dalam sidag media selepas meninjau hari pertama pembukaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ladang Regent, Elmina, di sini, pada Isnin.
Kata beliau, pelaksanaan polisi tersebut adalah antara pembaharuan penting yang diperkenalkan KPM, selain penyediaan manual Sekolah Sejahtera dan Sekolah Selamat yang kini berada pada peringkat akhir penyediaan.
“Ini antara perkara baharu yang kita perkenalkan. Manual buku Sekolah Sejahtera, Sekolah Selamat juga sedang dalam peringkat akhir untuk kita kongsikan dengan ibu bapa dan seluruh masyarakat mengenai tanggungjawab bersama dalam melindungi anak-anak kita. Insya-Allah,” katanya.
Beliau menegaskan, Child Protection Policy akan diperkenalkan secara rasmi seiring pembukaan sekolah dalam tempoh terdekat.
Inisiatif tersebut, katanya, adalah sebahagian daripada usaha holistik KPM memastikan persekitaran sekolah kekal aman, selamat dan bebas daripada sebarang bentuk keganasan atau buli.
Topic Berkaitan
#Fadhlina Sidek
#Kanak-kanak
#buli
#Kementerian Pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan