awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perunding perjanjian plastik global berkumpul lantik pengerusi baharu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar Malaysia patah tulang dalam kemalangan di Kaherah selamat jalani pembedahan

Bernama
Bernama
06/09/2021
00:29 MYT
Pelajar Malaysia patah tulang dalam kemalangan di Kaherah selamat jalani pembedahan
Salah seorang wakil Kedutaan Besar Malaysia Kaherah yang menziarahi Muhammad Haikal di hospital pada Sabtu. - Foto Facebook Education Malaysia Egypt
KUALA LUMPUR: Muhammad Haikal Ahmad Kabir, pelajar yang mengalami patah tangan kiri dan kaki kanan dalam kemalangan jalan raya di Kaherah, Mesir telah selamat menjalani pembedahan yang menelan kos EGP100,000 (RM26,000).
Menurut laporan Education Malaysia Egypt menerusi Facebook rasminya pada Ahad, Muhammad Haikal merupakan antara lima penuntut Malaysia di Universiti Al-Azhar yang cedera dilanggar motosikal semasa melintas jalan dalam kejadian pada Jumaat lepas.
Rakan-rakannya yang lain cedera ringan.
"Dia kini dalam proses sembuh dan keluarga kesemua mangsa telah dimaklumkan mengenai perkembangan masing-masing," kata Atase Pendidikan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah Mohd Yasser Abdul Ghani malam tadi yang dihubungi Bernama.
Dalam kejadian pada sebelah malam itu motosikal itu dilaporkan tidak memasang lampu hadapan. Kesemua mangsa yang berasal dari Kedah dihantar ke Hospital Bedayat, Hayyu Tahmin, Kaherah untuk rawatan dengan hanya Muhammad Haikal yang cedera parah.
Mohd Yasser turut menyampaikan penghargaan kepada orang awam di Malaysia yang menyumbang daripada segi kewangan sehingga urusan merawat kesemua mangsa berjalan dengan lancar.
Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah akan memastikan kebajikan dan apa sahaja bentuk bantuan yang diperlukan di pihak mangsa, dapat diberikan, kata Mohd Yasser.
Sementara itu, wakil Duta Besar Malaysia Ke Kaherah Zamani Ismail turut menziarah mangsa terbabit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muhammad Haikal Ahmad Kabir
#Pembedahan
#kemalangan jalan raya
#Pelajar Universiti Al-Azhar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan