awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerjasama digital Malaysia-India mudahkan urusan rentas sempadan - PM Anwar
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar Malaysia tajaan Mara di Mesir selamat - Shafie Apdal

Bernama
Bernama
13/07/2013
07:21 MYT
Pelajar Malaysia tajaan Mara di Mesir selamat - Shafie Apdal
Semua pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Mesir berada dalam keadaan baik dengan keperluan makanan mencukupi, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Sehubungan itu beliau menasihatkan ibu bapa pelajar yang berkenaan agar tidak bimbang.
"Setakat ini tidak ada desakan untuk kita membawa pelajar balik kerana keadaan mereka terkawal dan kerjasama yang diberikan Wisma Putra juga amat baik," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Menurut Mohd Shafie, pihaknya juga sudah melakukan persediaan untuk membawa pulang pelajar terbabit jika keadaan memerlukan.
Mengenai pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, Mohd Shafie yang juga Naib Presiden Umno, berkata pengundi di kawasan itu sudah cukup matang untuk menentukan siapa paling layak mewakili mereka.
Insya-Allah kerusi itu akan dapat dipertahankan Barisan Nasional (BN), katanya.
Pilihan raya kecil itu diadakan selepas penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia pada 26 Jun lepas akibat kanser paru-paru.
Pada pilihan raya kecil yang ditetapkan 24 Julai ini, BN meletakkan jurutera Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman untuk mempertahankan kerusi itu dan dicabar PAS menerusi calonnya Azlan Yusof.
Topic Berkaitan
#Mesir
#Shafie Apdal
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan