awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar maut bertembung kereta guru dalam perjalanan ke sekolah

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
27/03/2023
04:30 MYT
Pelajar maut bertembung kereta guru dalam perjalanan ke sekolah
Kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa menunggang motosikal menghala ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tiang. - Gambar/ PDRM
PENDANG: Pelajar Tingkatan Lima maut selepas motosikal ditunggangi berlanggar dengan kereta dipandu seorang guru ketika dalam perjalanan ke sekolah di Jalan Felda Sungai Tiang, di sini, hari ini.
Muhammad Hasrul Hakimi Ibrahim, 17, dari Kampung Kubang Badak Mukim Tobiar yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tiang meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
“Siasatan mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa menunggang motosikal menghala ke sekolah selepas menghantar adiknya ke Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang pada jam 7.20 pagi.
“Apabila sampai di tempat kejadian motosikal mangsa telah bertembung dengan sebuah kereta dipandu seorang guru yang keluar dari simpang kiri.
“Akibat perlanggaran itu mangsa telah terbabas ke kanan jalan dan melanggar pokok dan pagar Pejabat Felda Sungai Tiang,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Mayat mangsa di hantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#perjalanan ke sekolah
#kemalangan dengan guru
#pelajar maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan