Skip to main content

Malaysia

Pelajar maut bukan disebabkan strok haba - Hospital

61392181419_295x200.jpg
Hospital Banting menafikan dakwaan bahawa kematian seorang pelajar tingkatan lima semalam disebabkan strok haba.

Pengarahnya Dr Rozita Mohamed berkata kematian pelajar lelaki berusia 17 tahun itu mempunyai kaitan dengan pendarahan dalaman pada bahagian otak.

"Pelajar berkenaan meninggal melibatkan masalah saluran darah pada bahagian otak," katanya kepada Bernama.

Pelajar itu dilapor meninggal dunia selepas mengadu sakit kepala ketika menjalani latihan bola sepak di sebuah padang awam berhampiran sekolahnya.

Mangsa meninggal dunia sejurus tiba di Klinik Kesihatan Teluk Datuk. Mayatnya dituntut anggota keluarganya semalam.

Advertisement

Must Watch Video