SHAH ALAM: Sambutan Hari Guru dan Aidilfitri yang diadakan di sebuah sekolah bertukar kepada majlis tahlil susulan seorang pelajarnya maut ketika dalam perjalanan ke sekolah tersebut pada Jumaat.
Yang Dipertua Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 24 (2), Mohd Syariffuddin Rahmat berkata, beliau dan guru besar sekolah, Wan Shamsiah Wan Yusoff bergegas ke tempat kejadian selepas dimaklumkan mengenai insiden menimpa pelajar berumur 16 tahun itu.
Pihaknya dimaklumkan bahawa pelajar berkenaan yang dalam perjalanan ke sekolah, maut apabila motosikal ditunggang terbabas di Persiaran Jubli Perak dari arah Persiaran Kemajuan ke Bulatan Andalas di sini.
"Selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu, saya ke tempat kejadian bersama pengetua dan kami juga nampak ada satu tong air batu di atas motor yang dipercayai untuk digunakan pada majlis sambutan di sekolah hari ini (Jumaat)," katanya.
Beliau berkata, kejadian itu turut diumumkan pihak sekolah dalam perhimpunan dan turut membatalkan acara persembahan sempena sambutan Hari Guru dan mengadakan majlis tahlil buat arwah selepas itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, mangsa menunggang motosikal Yamaha 135LC disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan dialami.
Menurutnya, ketika kemalangan kira-kira jam 8.05 pagi itu, mangsa yang dipercayai dalam perjalanan ke SMK Seksyen 24, hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan di tengah jalan.
"Siasatan awal mendapati mangsa yang berumur 16 tahun itu tinggal di Seksyen 7, mangsa memakai helmet, namun tidak memiliki lesen memandu dan menunggang motosikal milik ibunya," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Mohd Iqbal berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Shah Alam untuk dibedah siasat sebelum diserah kepada keluarga untuk urusan pengebumian dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Mohd Zulkifli Razak di talian 019-4475767," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat May 21 2022

Mangsa yang dalam perjalanan ke sekolah maut apabila motosikal ditunggang terbabas di Persiaran Jubli Perak, Shah Alam pada Jumaat. -Foto Sinar Harian

Rapid KL sahkan terima aduan gangguan seksual dalam tren
Rapid KL dalam satu kenyataan berkata, kejadian dilaporkan berlaku sewaktu pengadu menaiki tren berkenaan dari Stesen LRT Pasar Seni kira-kira jam 7 malam.

Pesisir pantai jadi tapak sampah haram
Penduduk kemudian membakar sampah seterusnya meninggalkan kesan sebagai tempat pembuangan sampah.

Terbuka Malaysia: Penonton tunggu dua jam sebelum dapat masuk stadium
Arena Axiata hanya dibuka sejam sebelum aksi suku akhir kejohanan itu bermula, yang dijadualkan pada 3 petang.

TFC ll lonjak ke tangga teratas Liga Perdana, tewaskan Kuching City FC
Pasukan tuan rumah terlebih dahulu melakukan percubaan seawal minit ketiga menerusi pemain tengah Muhammad Syaiful Haqim Shahrul.

Kebangkitan semula BN bukti komitmen kepimpinan parti tambat hati rakyat - Zahid
Kebangkitan semula gabungan politik itu sekali gus meranapkan segala telahan pihak luar kononnya Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018 adalah penghujung hayat BN.

Kaji naikkan pengiraan had kifayah zakat - MAIPk
Perkara itu dibuat selaras dengan situasi ekonomi sekarang yang kian mencabar, di samping penghapusan subsidi beberapa barangan asas.

ASEAN terima pakai dasar kawal selia farmaseutikal ke arah integrasi pasaran
Langkah itu membolehkan pengurangan halangan perdagangan dan meningkatkan penyelarasan keperluan pengawalseliaan dan kerjasama pengawal selia.

Laluan Pos Betau-Lembah Bertam kembali dibuka 7 Julai
Bagaimanapun, ia hanya boleh dilalui oleh kenderaan ringan di bawah 5 tan sahaja.

Penyokong Malaysia bakar semangat Momota
Dia yang turun selaku pilihan kedua ternyata lebih agresif berbanding sebelumnya apabila mendahului dengan selesa 13-6 ketika berdepan pemain Indonesia Shesar Hiren Rhustavito pada aksi suku akhir.

Tiga perkara penting dibawa pulang Malaysia dari WUF11 - Reezal Merican
Paling utama, negara mahu belajar dari negara-negara anggota UN-Habitat mengenai amalan terbaik pembangunan perbandaran.

Pelajar maut, sambutan Hari Guru bertukar majlis tahlil
Pelajar berkenaan yang dalam perjalanan ke sekolah, maut apabila motosikal ditunggang terbabas di Persiaran Jubli Perak dari arah Persiaran Kemajuan ke Bulatan Andalas.