awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar MRSM hilang ditemui selamat di Chukai, Terengganu

Sinar Harian
Sinar Harian
05/05/2025
03:10 MYT
Pelajar MRSM hilang ditemui selamat di Chukai, Terengganu
Pada jam 7 pagi ini, Anas Baihaqi (gambar) berjaya dikesan di rumah saudaranya di Chukai dan berada dalam keadaan selamat. - Foto IPD Kuantan
KUANTAN: Seorang pelajar lelaki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pekan yang dilaporkan hilang selepas enggan kembali ke asrama semalam, ditemukan selamat di rumah saudaranya di Chukai, Terengganu, pagi ini.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, pelajar terbabit, Anas Baihaqi Miqdad Johari, 13, dikesan berada di kediaman saudaranya kira-kira jam 7 pagi hasil siasatan awal dan maklumat daripada ahli keluarga.
"Selepas menerima laporan pada jam 4 petang semalam, polis menjalankan siasatan termasuk menemu bual keluarga pelajar terbabit yang tinggal di Kuantan.
"Alhamdulillah, pada jam 7 pagi ini, pelajar itu berjaya dikesan di rumah saudaranya di Chukai dan berada dalam keadaan selamat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan bagi bulan Mei Tahun 2025 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di pekarangan IPK Pahang di sini hari ini.
Yahaya memaklumkan siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengetahui bagaimana pelajar terbabit boleh sampai ke lokasi berkenaan.
"Kes kehilangan ini sudah selesai, tetapi siasatan lanjut diteruskan untuk mendapatkan maklumat bagaimana pelajar itu sampai ke Chukai," ujarnya.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Zahari Wan Busu mengesahkan laporan kehilangan remaja itu yang dibuat oleh ibu mangsa berusia 41 tahun, selepas menyedari anaknya tiada di rumah sekitar jam 3.30 petang.
"Pengadu cuba mencari mangsa di sekitar kawasan perumahan tetapi gagal menemuinya," katanya.
Tambah beliau, siasatan awal mendapati remaja itu enggan kembali ke asrama kerana tidak sanggup berjauhan daripada keluarga.
“Mangsa dipercayai keluar dari rumah dengan memakai kemeja-T merah, seluar trek hitam dan kasut sukan jenama Puma.
"Dia turut membawa beg galas sekolah, kasut sukan, telefon bimbit adiknya serta wang tunai kira-kira RM200," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pelajar MRSM hilang
#pelajar hilang ditemui selamat
#pelajar lari dari rumah
#pelajar enggan pulang ke asrama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami