awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pencipta lagu P Ramlee dan Saloma nafi tiru lagu Nidji - "Persamaan mungkin ada tetapi..."
Siti Nurhaliza Ikon Seni Melaka, janji terus martabat lagu tradisi
Smart Tourism Melaka AI, pasport pelancongan perkukuh Tahun Melawat Melaka 2.0
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar OKU tersisih dalam PdPR, IKRAM mohon pengecualian

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
26/01/2021
08:30 MYT
Pelajar OKU tersisih dalam PdPR, IKRAM mohon pengecualian
Golongan itu yang antaranya mengalami kecacatan pendengaran dan penglihatan, berdepan kesukaran untuk mengikuti kaedah PdPR. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR:Kumpulan murid berkeperluan khas atau orang kurang upaya (OKU) menjadi golongan tersisih yang berkemungkinan besar tercicir dalam pelajaran akibat tidak dapat mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka.
Golongan itu yang antaranya mengalami kecacatan pendengaran dan penglihatan, berdepan kesukaran untuk mengikuti kaedah PdP di Rumah (PdPR) secara dalam talian.
Berikutan itu, kerajaan diminta untuk mempertimbangkan pelaksanaan PdP secara bersemuka bagi golongan terbabit.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Pertubuhan IKRAM Malaysia, Prof Dr Omar Yaakob berkata, langkah itu bagi mengelakkan keciciran pendidikan berlaku terhadap golongan berkenaan.
Katanya, kebenaran itu boleh diberikan dengan syarat tempoh tertentu selain pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang tinggi bagi mengelakkan berlaku jangkitan COVID-19.
"Bagi pelajar tertentu yang menghadapi cabaran besar untuk mengikuti PdPR baik pelajar OKU atau kanak-kanak biasa yang tidak mempunyai kemudahan lengkap... mereka akan ketinggalan dalam pendidikan.
"Kumpulan ini boleh dianggap sebagai golongan tersisih dan memerlukan kaedah yang bersesuaian bagi mengelakkan mereka terus tercicir dalam pelajaran.
"Sehubungan itu, kita mencadangkan agar sekolah dibuka secara bersemuka bagi kumpulan ini. Walaupun agak mencabar bagi Kementerian Pendidikan (KPM), tetapi ia perlu difikirkan demi manfaat yang lebih besar kepada semua pihak," katanya kepada Astro AWANI di sini, pada Selasa.
Dalam pada itu, Omar berkata, KPM juga tidak boleh menjadikan isu COVID-19 sebagai halangan untuk melaksanakan PdP secara fizikal.
"PdP secara fizikal boleh dilaksanakan dengan pematuhan SOP yang ketat dan tinggi, malah berdasarkan kaji selidik Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), ia menunjukkan kebanyakan guru mahu melaksanakan PdP secara fizikal.
"Alternatif yang boleh dilaksanakan pihak sekolah adalah dengan memperkenalkan sistem giliran ke sekolah iaitu mungkin hari Isnin dikhaskan kepada murid Tahun Satu, Selasa untuk Tahun Dua dan seterusnya.
"Langkah ini bagi membolehkan mereka khususnya golongan OKU yang benar-benar memerlukan pendidikan fizikal boleh bertemu guru-guru dan rakan-rakan untuk meneruskan pembelajaran selain menceriakan diri, sekali gus mengasah kemahiran sosial mereka," jelasnya.
Topic Berkaitan
#pengajaran dan pembelajaran
#COVID-19
#pendidikan
#OKU
#SOP
#Malaysia
#operasi
#guru
#pelajar
#Kanak-kanak
#kerajaan
#Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
#PdPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan