awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar Orang Asli ketinggalan PdPR, pembukaan sekolah penyelesaian terbaik - Abdul Rahman

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
18/09/2021
10:34 MYT
Pelajar Orang Asli ketinggalan PdPR, pembukaan sekolah penyelesaian terbaik - Abdul Rahman
Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, berkata pembukaan sekolah adalah penyelesaian terbaik bagi membantu golongan pelajar Orang Asli. - Gambar hiasan
GUA MUSANG: Pelajar Orang Asli ketinggalan dalam pendidikan sepanjang penutupan sesi persekolahan bersemuka disebabkan kesukaran akses Internet bagi mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar 1, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, berkata pembukaan sekolah adalah penyelesaian terbaik bagi membantu golongan terbabit.
Bagaimanapun katanya, kerajaan wajar menyegerakan proses vaksinasi kepada golongan remaja termasuk Orang Asli berusia 12 hingga 17 tahun di kawasan pedalaman menjelang pembukaan sekolah 3 Oktober depan.
"Pada saya ini adalah amat penting kerana kita semua tahu PdPR ini... ada kawasan tidak ada Internet. Itupun kita Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) berusaha bersungguh-sungguh.
"Tetapi bukan di bawah kita untuk kita bekal Internet dan sebagainya. Cuma kita keluar belanja untuk masyarakat luar bandar tetapi malangnya sukar sebenarnya terpaksa menggunakan kereta naik bukit keluar dan sebagainya.
"Jadi kalau kita boleh (benarkan mereka) kembali ke alam persekolahan bagi 12 hingga 17 tahun (pelajar sekolah) adalah penyelesaian yang baik," katanya.
Beliau berkata demikian selepas meninjau Program Outreach Vaksinasi Orang Asli di Pos Gob, di sini, hari ini.
Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Sapiah Mohd Nor.
Dalam perkembangan lain, katanya KPLB berpuas hati dengan sambutan Orang Asli di seluruh negara terhadap penerimaan suntikan vaksinasi termasuk pedalaman Kelantan.
Setakat ini dianggarkan 57 peratus atau 83,000 komuniti Orang Asli telah divaksinasi atau 83,000.
Topic Berkaitan
#PdPR
#Orang Asli
#pembukaan sekolah
#akses internet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan