ALOR SETAR: Tiga buah sekolah di negeri Kedah masih lagi ditutup susulan penularan kes COVID-19 dalam kalangan pelajar di sekolah-sekolah berkenaan.
Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Mohd Fikri Ujang, sekolah yang terlibat adalah Maktab Mahmud Baling dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baling di daerah Baling serta Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah (SMKAK) di daerah Kota Setar.
Tambahnya, pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) negeri Kedah mengesahkan bahawa penularan di SMKAK adalah daripada Kluster Dinamik manakala Kluster Jalan Weng di Maktab Mahmud Baling.
Beliau turut menjelaskan bahawa rawatan keatas pelajar yang didapati positif COVID-19 dijalankan di dua lokasi iaitu Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) di beberapa hospital bagi yang berada pada kategori dua dan tiga selain di asrama sekolah bagi pelajar yang berada pada kategori satu.
Dalam pada itu, Dr Fikri menyatakan bahawa pihaknya kini sedang giat melaksanakan pengesanan kontak rapat dalam kalangan pelajar guru, dan staf pengurusan sekolah berkenaan.
"Yang dikenal pasti (adalah) sekolah Maktab Mahmud (Baling) yang telah pun ditutup, (arahan) penutupan (adalah dari) pihak Jabatan Pendidikan (Negeri), dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah di Mergong (juga) telah ditutup tiga hari dan akan disambung lagi tujuh hari,
"Satu lagi sekolah (iaitu di SMK Baling), saya tidak pasti (mengenai dari Kluster mana sekolah berkenaan kerana) saya belum dapat maklumat lanjut lagi,
"Saya tidak pasti di Baling itu (melibatkan mukim mana) tetapi yang di Alor Setar adalah melibatkan mukim Mergong, itu adalah kluster Jalan Weng (di Maktab Mahmud Baling) dan Kluster Dinamik (di SMKAK)" ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian Hari Malaria Sedunia Peringkat Negeri Kedah di JKN, Alor Setar, pada Ahad.
Sementara itu, Dr Fikri menyatakan bahawa pihak JKN turut melakukan pemasangan bunting peringatan di kawasan zon merah serta meningkatkan penguatkuasaan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan kerjasama beberapa agensi penguatkuasaan lain dalam mengekang penularan COVID-19.
Berdasarkan rekod, Maktab Mahmud Baling mula ditutup sejak Ahad lalu susulan 35 pelajar di sekolah berkenaan didapati positif COVID-19.
Penutupan SMK Agama Kedah pula dibuat sejak Rabu lalu selepas 15 pelajar didapati positif COVID-19 selain laporan daripada JKN Kedah mendapati terdapat 16 kes baharu melibatkan kluster yang sama iaitu Kluster Dinamik hari ini.
Selain itu, SMK Baling pula ditutup pada Khamis lepas sehingga 28 April susulan lima pelajar sekolah berkenaan didapati positif COVID-19.
Astro Awani
Sun Apr 25 2021
Berdasarkan rekod, Maktab Mahmud Baling mula ditutup sejak Ahad lalu susulan 35 pelajar di sekolah berkenaan didapati positif COVID-19. - Astro AWANI
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Peniaga bazar perlu jujur menjual juadah, jaga keberkatan Ramadan
Pernah atau tidak anda membeli makanan basi, atau tertipu dengan imej makanan yang tidak sama dengan dihidangkan di bazar Ramadan?
Laporan siasatan angggota bomba lemas siap lagi dua minggu
Laporan siasatan insiden seorang anggota bomba lemas ketika menyelenggara bot di Jeti Pangkalan Marin JBPM Mak Mandin pada 22 Feb lepas, akan diperoleh dalam tempoh dua minggu.
Jabatan Patologi Hospital di Johor tetapkan SOP lebih ketat, elak rasuah
Hanya segelintir kakitangan Jabatan Patologi termasuk ahli patologi dan pembantu makmal yang sedang disiasat berhubung kes rasuah.
Melaka akan perkenal garis panduan, SOP atasi masalah kekurangan beras tempatan
Ia bagi menyelaraskan semua data bekalan beras tempatan yang akan ke Melaka dan di mana ia diedarkan.
SOP REE yang akan dikeluarkan dapat atasi masalah kecurian - Sanusi
Sanusi berkata prosedur operasi standard (SOP) melibatkan unsur nadir bumi (REE) yang akan dikeluarkan kerajaan dapat mengatasi kecurian hasil mineral itu di seluruh negara.
PRN: KKM syor guna pakai SOP kesihatan pilihan raya sedia ada
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengesyorkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengguna pakai prosedur operasi standard (SOP) kesihatan pilihan raya sedia pada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Langkah kerajaan kemas kini SOP COVID-19 praktikal - Pakar
Langkah berkenaan juga tepat, susulan pengisytiharan WHO bahawa COVID-19 tidak lagi dikategorikan sebagai kecemasan kesihatan global.
Pelitup muka tak wajib, tapi digalakkan ketika di hospital, pengangkutan awam
Tempoh pengasingan kes disahkan COVID-19 pula dipendekkan daripada tujuh kepada lima hari dari onset gejala pertama, juga berkuat kuasa 5 Julai ini.
Jabatan Perhilitan Selangor nafi zalim, ikut SOP tangkap kera
Perhilitan Selangor nafi laporan yang mendakwa terdapat unsur kezaliman berkaitan pengurusan kawalan konflik kera di Apartment Sunway, Batu Caves.