MALAYSIA
Pelajar terlibat kes pergaduhan telah digantung, dibuang sekolah - JPN Kedah
JPN Kedah menegaskan bahawa tiada kompromi terhadap isu buli, keganasan dan salah laku murid. - Gambar hiasan
ALOR SETAR: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah telah mengambil tindakan tegas dengan menggantung dan membuang sekolah terhadap sekumpulan murid di sebuah sekolah di negeri itu, yang terlibat dalam satu kes pergaduhan baru-baru ini.
JPN Kedah dalam kenyataan memaklumkan pihaknya mengambil serius berhubung insiden pergaduhan itu dan kes berkenaan juga telah diambil tindakan oleh pihak berkuasa.
"Pihak sekolah juga telah selesai menjalankan siasatan dalaman yang menyeluruh. Hukuman tegas gantung sekolah dan buang sekolah telah diambil ke atas murid yang bersalah.
"JPN Kedah menegaskan bahawa tiada kompromi terhadap isu buli, keganasan dan salah laku murid," menurut kenyataan itu.
Tambah JPN Kedah, semua institusi pendidikan di negeri itu diminta mematuhi prosedur pengurusan displin semasa, mengutamakan keselamatan murid dan melaksanakan intervensi pencegahan bagi memastikan kesejahteraan seluruh warga pendidikan terpelihara.
Terdahulu, media melaporkan seorang pelajar lelaki tingkatan empat ditemukan tidak sedarkan diri di dalam tandas asrama sebuah sekolah dipercayai akibat dipukul sekumpulan pelajar, Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata empat pelajar lelaki berusia 16 dan 17 tahun ditahan dengan seorang remaja 16 tahun direman tiga hari bermula semalam untuk membantu siasatan.
-- BERNAMA