Selepas tiga bulan ditutup, pelajar tingkalan lima dan enam di seluruh negara akan memulakan kembali sesi persekolahan di sekolah pagi ini.
Rata-rata pelajar yang ditemui mengakui berasa teruja, dan tidak kurang juga gementar untuk kembali ke sekolah dalam suasana normal baharu.
Di KUCHING, sebanyak 188 buah sekolah menengah di Sarawak akan dibuka semula esok, melibatkan 34,306 pelajar tingkatan lima dan 6,782 pelajar tingkatan enam.
Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak Datuk Seri Michael Manyin memberitahu pemberita hari ini yang beliau berpuas hati dengan persiapan yang telah dibuat untuk memastikan proses pembelajaran bagi pelajar yang terlibat berjalan lancar.
Sementara itu, lebih 100 pelajar akan memulakan sesi persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Long Lama dan SMK Datuk Temenggong Oyong Lawai Jau di Long San di Hulu Baram, antara kawasan luar bandar di negeri ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri Telang Usan, Dennis Ngau berkata sekumpulan guru yang mengajar di kedua-dua sekolah berkenaan telah melalui proses kuarantin sejak dua minggu lepas di Miri dan disahkan negatif jangkitan COVID-19 serta dibenarkan untuk kembali bertugas.
Sementara itu di KOTA KINABALU, beberapa pelajar tingkatan lima dari luar bandar dan pedalaman Sabah sudah bersedia untuk kembali ke sekolah masing-masing esok, antaranya Sherrylyana Pinikit, pelajar SMK Nabawan II yang melakukan persiapan mental dan fizikal selain memastikan kesihatannya berada pada tahap optimum.
"Berikutan sekolah dibuka semula, saya boleh berjumpa terus dengan guru-guru sekiranya saya tidak memahami tentang sesuatu mata pelajaran kerana penerangan melalui pembelajaran dalam talian ada kalanya terganggu berikutan jaringan Internet yang tidak stabil, selain telefon tidak dapat memuat naik banyak dokumen tugasan," katanya kepada Bernama.
Menurutnya, pihak sekolah juga telah membuat video simulasi mengenai prosedur operasi standard (SOP) normal baharu termasuk amalan jarakan sosial yang telah dimuat naik menerusi platform YouTube sebagai panduan para pelajar.
Bagi pelajar tingkatan lima SMK Gadong di Beaufort, Md Aidil Azim berkata ini adalah masa untuk ulang kaji sekali gus memahami semula mana-mana mata pelajaran yang sukar difahami semasa pembelajaran dalam talian ketika PKP.
Di SEREMBAN, pembukaan semula sesi persekolahan esok melibatkan seramai 20,954 pelajar tingkatan lima dan enam di 124 buah sekolah termasuk sekolah berasrama penuh di seluruh Negeri Sembilan, kata Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Negeri Sembilan Md Fiah Md Jamin.
Di KUALA TERENGGANU, pembukaan semula sesi persekolahan memberikan perasaan bercampur-baur kepada pelajar, dan bagi Ahmad Imran Shahbudin, 17, dia berasa gementar kerana sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18 Mac lepas, dia hanya berhubung dengan guru dan rakan-rakan secara dalam talian.
Pelajar tingkatan lima SMK Seri Budiman itu yang turut mengakui berasa bimbang akan keselamatan diri apabila berada di sekolah memandangkan pandemik COVID-19 masih belum berakhir, berkata pelitup separuh muka adalah antara "teman baiknya" ketika ini.
Sementara di MELAKA, pelajar tingkatan enam SMK Dato' Haji Talib Karim, Alor Gajah di sini, Nurul Balqis A. Malex, 19, berkata dia teruja untuk memulakan kembali sesi persekolahan esok setelah lebih tiga bulan menjalani sesi pembelajaran secara dalam talian di rumah.
"Secara keseluruhan sesi pembelajaran sedikit terganggu kerana belajar di rumah menerusi dalam talian berbeza dengan di sekolah.
"Apapun tak sabar untuk mula sekolah esok (hari ini)," katanya yang tinggal di Taman Seri Pelangi di sini.
Bagi pelajar tingkatan lima SMK Bukit Katil, Bukit Katil di sini, Amirul Danial Hakimi, 18, walaupun pembelajaran dalam talian membantu dalam persediaan menghadapi SPM, sesi persekolahan memberikan kelebihan kerana dapat berinteraksi dengan guru dan rakan secara bersemuka.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 23 2020
Selepas tiga bulan ditutup, pelajar tingkalan lima dan enam di seluruh negara akan memulakan kembali sesi persekolahan di sekolah pagi ini. -Gambar fail
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.