Seorang pelajar tingkatan empat dari Batu Pahat, Johor ditemui mati lemas ketika mandi bersama keluarga di Pantai Padang Kemunting, Pengkalan Balak, Masjid Tanah di sini, Ahad.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Masjid Tanah, Penolong Penguasa Bomba, Shamsol Fuad Mohammad berkata mayat Mohd Firdaus Azman, 16, ditemui pada pukul 11.05 pagi selepas dilaporkan hilang pada 7.40 pagi tadi.
"Mangsa yang lemas dengan jarak kira-kira 10 meter dari pantai ditemui kira-kira 20 meter dari lokasi dia didapati lemas.
Mangsa yang kelihatan tidak mengalami kecederaan dari luaran kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk dihantar ke Hospital Alor Gajah bagi tujuan bedah siasat," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata pihak bomba mendapat panggilan kira-kira pukul 7.40 pagi dan bergegas ke tempat kejadian bersama agensi lain seperti Polis Di Raja Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi melancarkan gerakan mencari dan menyelamat mangsa.
Sementara itu, ibu Mohd Firdaus, Rosliza Kadir, 45, berkata sebelum kejadian dia bersama tujuh anaknya dan seorang anak saudara bermandi di laut kira-kira jam 7 pagi sebelum dia naik semula bersama anak bongsu berusia 10 bulan.
Katanya kesemua mereka mandi kira-kira 40 minit sebelum salah seorangnya
mengambil bola dan membaling ke arah laut.
"Saya cuba menjerit untuk menghalang Firdaus daripada terus mendapatkan bola namun dia yang mungkin tidak mendengar suara saya terus menuju ke arah bola sebelum saya hanya melihat bahagian kepalanya sahaja," katanya.
Rosliza berkata dia menjerit meminta tolong tetapi tiada sesiapa di pantai ketika itu sementara suaminya Azman Rohani, 48, pula pergi mencari air minuman untuk sarapan pagi.
Katanya mereka sekeluarga yang menghadiri majlis perkahwinan di Genting Highlands kelmarin dalam perjalanan balik ke rumah mereka di Batu Pahat namun singgah berkhemah di pantai itu.
"Kami sampai lewat petang kelmarin selepas bersetuju dengan pendapat anak untuk singgah mandi di sini. Namun selepas kejadian ini, saya trauma untuk ke laut dan mengambil masa untuk ke laut lagi selepas ini," katanya.
Bernama
Sun Jun 01 2014
Mangsa ditemui kira-kira 20 meter dari lokasi dia didapati lemas.
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Polis henti SAR anggota TDM di Royal Belum
Bagaimanapun usaha pencarian diteruskan oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Tiada unsur dera bayi lemas dalam selimut di rumah pengasuh - Polis
Pemeriksaan yang dilakukan terhadap bayi terbabit tidak menemukan sebarang unsur penderaan atau kecederaan fizikal ditemui pada tubuh mangsa.
Bayi lelaki enam bulan maut dipercayai lemas dalam selimut
Seorang bayi lelaki berusia enam bulan maut dipercayai akibat lemas dalam selimut di rumah pengasuhnya di Merlimau di sini pagi tadi.
Pemancing hilang ditemukan lemas di Langkawi
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam laut ketika menyeberangi jambatan kayu 'Water Breaker' Kuala Chenang di Langkawi, malam semalam, ditemukan lemas petang tadi.
Banjir Kedah: Jasad pengawal keselamatan lemas ditemukan tersangkut pada reba kayu
Jasad mangsa ditemukan tersangkut pada reba di tebing sungai, kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi terakhir dia dilihat.
Dua warga emas korban baharu banjir di Kelantan - Polis
Dua lelaki warga emas lemas di Machang, hari ini menjadikan korban banjir di negeri ini meningkat kepada lima orang setakat ini, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat.
Lelaki autistik ditemukan lemas
Polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan mayat Muhammad Helmi Azman, 26, pada 11.44 pagi.
JBPM Terengganu masih mampu berdepan situasi banjir semasa - Pengarah
Kekuatan sedia ada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu setakat ini masih berupaya mendepani situasi semasa banjir di negeri itu.
Warga emas korban banjir pertama di Terengganu
Tuan Jusoh Tuan Hassan, 66 tahun, dilaporkan pergi ke kawasan sawah padi kira-kira jam 8.15 pagi untuk memukat ikan bersama tiga lagi rakannya.
Pelajar tahfiz ditemukan lemas di tali air di Bachok
Muhammad Syamil Saniran, 14, ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira tiga meter.