Seorang pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah di sini, membuat laporan polis mendakwa ditumbuk dan ditendang oleh seorang guru lelaki sehingga lebam dan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.
Wan Mohamad Haziq Yusri, 17, mendakwa kejadian berlaku di luar kelasnya kira-kira 9.30 pagi Selasa selepas dia ditangkap menyelitkan kertas pembungkus nasi di celah cermin tingkap kelas.
Dia berkata guru itu yang ternampak perbuatannya datang dan memarahinya sebelum menyuruhnya memungut kertas pembalut tersebut dengan mulut.
"Bagaimanapun kertas bungkusan itu tiba-tiba jatuh dan saya mengambilnya dengan tangan menyebabkan guru itu marah dan mengarahkan saya memasukkan bungkusan itu ke dalam mulut saya pula," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.
Wan Mohd Haziq mendakwa dia mengaku bersalah dan memohon maaf selain berjanji tidak mengulangi perbuatan itu, namun guru berkenaan tiba-tiba menendang kaki kanannya beberapa kali sebelum menendang dadanya.
Katanya akibat tendangan itu dia terasa sakit dan sukar bernafas sehingga terpaksa meminta kebenaran pulang awal daripada guru kelasnya.
Wan Mohd Haziq mendakwa dia kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Nerang susulan lebam pada kaki serta sukar bernafas.
Sementara itu, bapa pelajar berkenaan, Yusri Hanafi, 45, berkata dia tidak marah sekiranya guru tersebut merotan anaknya demi tujuan mendidik, namun perbuatan menendang berkenaan adalah keterlaluan.
Ketua Polis Daerah Padang Terap, DSP Ahmad Nasir Jaafar mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berhubung kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan. -- Bernama
Bernama
Wed Feb 22 2017
Wan Mohd Haziq mendakwa dia mengaku bersalah dan memohon maaf selain berjanji tidak mengulangi perbuatan itu, namun guru berkenaan tiba-tiba menendang kaki kanannya beberapa kali sebelum menendang dadanya. - Gambar hiasan
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
Pelajar tingkatan lima dakwa ditumbuk dan ditendang guru
Seorang pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah di sini, membuat laporan polis mendakwa ditumbuk dan ditendang oleh seorang guru lelaki sehingga lebam dan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.