MALAYSIA
Pelajar Tingkatan Tiga kritikal, keluarga dakwa jadi mangsa buli
Ahmad Irfan dilaporkan ditidurkan dan masih dalam pemantauan rapi pihak perubatan selepas didakwa terjatuh dari tingkat tiga asrama sekolah. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Seorang pelajar Tingkatan Tiga kini berada dalam keadaan kritikal selepas disyaki menjadi mangsa buli di asrama.
Ibu mangsa, Siti Muhaini Mohammad Mansor, 43, berkata, anaknya, Ahmad Irfan Ahmad Hanafi dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga asrama sebuah sekolah di Sabak Bernam.
Menurutnya, keputusan imbasan CT scan mendapati anaknya mengalami pendarahan pada bahagian kiri dan kanan otak, selain rahang patah serta kecederaan pada paru-paru.
“Kalau betul jatuh dari tingkat tiga, mestilah patah riuk. Tapi hasil imbasan hanya tunjuk rahang sahaja yang patah. Sebab itu kami syak ada unsur buli," katanya kepada Sinar Harian.
Susulan itu, Siti Muhaini berkata, pihaknya telah membuat laporan polis pada jam 5 pagi hari ini di Balai Polis Sabak Bernam.
Tambahnya, beliau juga dimaklumkan lima pelajar telah ditahan polis untuk siasatan, namun setakat ini masing-masing enggan memberikan keterangan.
Dalam masa sama, beliau turut mempersoalkan tindakan pihak sekolah yang didakwa lewat memaklumkan kejadian kepada penjaga.
“Keluarga hanya dimaklumkan pada jam 4 pagi, sedangkan kejadian berlaku kira-kira jam 2 pagi.
“Warden kata Irfan jatuh dari tingkat tiga selepas makan mi segera. Tapi dalam laporan perubatan, dalam perutnya langsung tiada sisa makanan,” jelasnya.
Ditanya sama ada Ahmad Irfan pernah mengadu mengenai perkara tersebut, Siti Muhaini memberitahu anaknya sentiasa ceria malah aktif di sekolah.
“Sebelum ini dia tidak pernah tunjuk ada sebarang masalah dengan rakan-rakan. Ahmad Irfan memang aktif, dia ada jawatan dalam biro agama asrama,” ujarnya.
Ahmad Irfan kini dilaporkan ditidurkan di hospital dan masih dalam pemantauan rapi pihak perubatan. - Sinar Harian