awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar Tingkatan Tiga maut motosikal langgar belakang Viva

Sinar Harian
Sinar Harian
15/04/2023
06:16 MYT
Pelajar Tingkatan Tiga maut motosikal langgar belakang Viva
Seorang pelajar Tingkatan Tiga maut selepas melanggar bahagian belakang Perodua Viva dalam kejadian berhampiran kilometer 10.4 Lebuhraya Kota Bharu-Ketereh pada Jumaat. -Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Seorang pelajar Tingkatan Tiga maut selepas motosikal yang ditunggang dipercayai terbabas sebelum melanggar bahagian belakang sebuah kereta jenis Perodua Viva dalam kejadian berhampiran kilometer 10.4 Lebuhraya Kota Bharu-Ketereh pada Jumaat.
Dalam kejadian jam 10.15 malam itu mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 maut di lokasi akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan dada.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian kereta dipandu seorang lelaki berusia 41 tahun dari arah Pasir Hor menghala ke Ketereh melalui Lebuhraya Baru Kota Bharu-Ketereh.
"Setiba di lokasi kejadian, beberapa buah motosikal termasuk ditunggangi mangsa cuba memotong kereta tersebut.
"Mangsa bagaimanapun gagal mengawal motosikalnya sebelum terlanggar bahagian belakang kereta terbabit," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Menurutnya, pelanggaran itu menyebabkan mangsa terjatuh dan terseret.
Rosdi memberitahu, mangsa yang tidak sedarkan diri kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pelajar tingkatan tiga
#Perodua Viva
#langgar belakang kereta
#Lebuhraya Kota Bharu-Ketereh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan